• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Friday, July 4, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Pesta Arak Oktoberfest Bukan Budaya Ketimuran

Accin by Accin
September 13, 2022
in August 2022
0
Pesta Arak Oktoberfest Bukan Budaya Ketimuran

ACCIN – Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia menyokong kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad dan pelbagai pihak berwajib dan organisasi yang membantah penganjuran pesta arak Oktoberfest di Malaysia.

Penganjuran pesta arak Oktoberfest di Malaysia menimbulkan persoalan membawa masuk budaya asing negatif dan bertentangan kepada nilai-nilai murni ketimuran dan bertentangan dengan semua agama dan kepercayaan utama di negara ini.

Oktoberfest adalah perayaan yang bermula daripada barat yang mempromosikan minuman arak secara besar-besaran yang dimulakan di Munich, Jerman.

Oktoberfest bukan lah budaya masyarakat Melayu mahupun agama Islam, dan juga bukan budaya kaum Cina dan India di negara ini. Lebih-lebih lagi agama Islam sebagai Agama Persekutuan tegas melarang budaya seperti ini.

Namun, menjual arak dan meminum arak kepada bukan Islam adalah dibenarkan. Malah dijual merata sehingga kedai runcit dan serbanika pun ada menjualnya dengan bersyarat.

Minum arak secara peribadi atau di majlis tertutup mungkin perkara biasa, tetapi mengadakan pesta arak secara terbuka dan memberi pengaruh negatif kepada muda mudi dan orang ramai adalah sesuatu yang tidak dapat diterima masyarakat.

Apabila mabuk, apa pun boleh berlaku. Melanggar undang-undang, merosakkan harta benda awam, pemandu mabuk, hubungan seksual dan juga bahaya kepada orang awam dan yang mabuk itu sendiri.

Pesta seperti ini tidak banyak berbeza dengan Pesta Mardi Gras yang diadakan di New Orleans, Rio de Janeiro dan bandar-bandar lain. Banyak perkara yang buruk seperti mabuk arak, jenayah, pengambilan dadah, seks songsang, kelakuan yang tak bermoral lain serta kerosakan harta benda awam.

Adalah sedih kalau ada segelintir pemimpin yang terus mempertahankan pesta sebegini atas alasan kebebasan sosial, perniagaan dan tarikan pelancong. Mungkin juga mereka ada kepentingan dalam jualan arak dan meraih sokongan politik.

Satu kajian Global Burden of Disease Study yang ditaja oleh Bill & Melinda Gates Foundation dan diterbitkan dalam The Lancet medical Journal 15hb July 2022 mendapati remaja antara umur 15 dan 39, tidak mendapat apa-apa kebaikan kesihatan. Hanya bahaya dari meminum arak. Penemuan ini adalah satu kejutan dan penafian kepada setengah pihak yang menekankan faedah minum arak.

Banyak kajian juga menunjukkan seorang tidak boleh minum dengan berpada-pada (drink responsibly). Ianya lebih ketara dikalangan golongan berpendapatan rendah dan strata sosial rendah menyebabkan keganasan rumah tangga, perpecahan keluarga dan jenayah.

ACCIN berpendirian, pesta arak seumpama ini adalah amat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi agama Islam. Dengan itu, ianya perlu ditegah.
Ir Mohd Jamaludin Shamsudin (MJ)

CEO ACCIN
3hb Ogos 2022
Kuala Lumpur

Previous Post

Corruption nearly a norm in all levels of society, warns anti-graft advocate

Next Post

Malaysia juga boleh bankrap

Next Post
Malaysia juga boleh bankrap

Malaysia juga boleh bankrap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In