• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Monday, June 2, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Pengetahuan peruntukan undang-undang, garis panduan nafkah perlu diperluas – IKRAM, ACCIN

Accin by Accin
November 18, 2023
in November 2023
0
Pengetahuan peruntukan undang-undang, garis panduan nafkah perlu diperluas – IKRAM, ACCIN

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN) menyarankan pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang dalam hak pemberian nafkah dan garis panduan skala pentaksiran nafkah anak perlu disebarluaskan menerusi pelbagai kaedah berkesan.

Langkah itu adalah satu daripada enam resolusi yang dicapai pada Seminar Nafkah Keluarga: “Antara Andai dan Abai” yang dianjurkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, di sini, hari ini.

Pengerusi Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh IKRAM, Rozalli Hashim, berkata ahli akademik dan pengamal undang-undang yang menjayakan seminar itu berpandangan, ketika ini kesedaran mengenai isu itu masih rendah, sekali gus mendorong kepada pengabaian dan kezaliman terhadap golongan isteri dan anak-anak.

“Pengetahuan ini perlu disebarkan secara meluas kepada pasangan yang akan dan sudah berkahwin melalui pelbagai kaedah berkesan. Antaranya melalui kursus praperkahwinan dan kursus yang diadakan khusus berkaitan rumah tangga dan perkahwinan,” katanya ketika membacakan resolusi yang dipersetujui bersama bersempena penganjuran seminar berkenaan.

Hadir sama, Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Mohd Jamaludin Shamsudin.

Rozalli berkata, kedua-dua NGO terbabit turut mencadangkan supaya pernyataan nafkah termasuk nilainya dimasukkan ketika akad nikah, selain penubuhan skuad nafkah untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan.

“Kita juga sepakati untuk membudayakan bahawa nafkah ini satu tanggungjawab keibubapaan yang dikongsi bersama dan pendedahan mengenai nafkah diberikan seawal mungkin.

“Malah, kita juga mengalukan inisiatif kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan badan sukarela yang lain untuk meningkatkan usaha.

“Pada masa sama meningkatkan kesedaran mengenai pendekatan penyelesaian isu nafkah yang boleh dibuat melalui potongan gaji, malah bagi yang ingkar, mereka mungkin berdepan tindakan dipenjarakan,” katanya.

IKRAM dan ACCIN dalam resolusinya turut melihat usaha dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam menyediakan khidmat nasihat dan runding cara kepada keluarga perlu disokong dan diteruskan.

Resolusi lain yang turut disyorkan adalah menggesa supaya setiap keluarga menetapkan matlamat kewangan dan menyediakan perancangan kewangan berdasarkan kemampuan yang bersih dari unsur riba, selain menyediakan Deklarasi Harta Sepencarian.

Seminar yang dianjurkan bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 itu membincangkan isu nafkah yang sering membelenggu rumah tangga, terutama selepas perceraian.

Terdahulu, acara itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan disusuli forum dan sesi pembentangan pakar.

Antara ahli panel ialah Ketua Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Mohd Noh Saiman; Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Mohamad Zakian Dio dan Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Najibah Mohd Zain.

Sumber

Previous Post

Dialog Pemuda Asean – Peranan Pemuda ASEAN dalam menciptakan Perdamaian Dunia

Next Post

Ketepikan perbezaan ideologi politik, jadikan mahkamah syariah mesra keluarga

Next Post
Ketepikan perbezaan ideologi politik, jadikan mahkamah syariah mesra keluarga

Ketepikan perbezaan ideologi politik, jadikan mahkamah syariah mesra keluarga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In