• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Sunday, June 22, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Kenapa wanita enggan penjarakan suami culas bayar nafkah

Accin by Accin
November 18, 2023
in November 2023
0
Kenapa wanita enggan penjarakan suami culas bayar nafkah

PUTRAJAYA, 24 Ogos -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. HGIM terdiri daripada empat pertubuhan dakwah utama dalam negara iaitu Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Pertubuhan Ikram (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan). --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bimbang kehilangan anak dan enggan mengaibkan keluarga, menjadi faktor utama ramai isteri tidak memohon perintah Mahkamah Syariah memenjarakan suami walaupun boleh berbuat demikian bagi tuntutan nafkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata isteri sama ada masih dalam perkahwinan atau telah bercerai, mempunyai pilihan untuk menghukum suami melalui langkah sedemikian.

“Isteri ada pilihan jika dia mahu untuk memenjarakan suami. Prosedur ini dipanggil prosiding komital, namun biasanya, pemenjaraan ini, isteri dan anak guna sebagai langkah akhir.

“Kalau tak dapat tuntut nafkah melalui potongan gaji, (suami) tiada akaun bank atau harta seperti rumah, inilah cara yang ada untuk paksa supaya lunaskan bayaran.

“Jadi boleh sumbat suami (culas bayar nafkah) ke penjara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Nafkah Keluarga: Antara Andai dan Abai di Kompleks IKRAM, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Badlishah Sham Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN), Mohd Jamaludin Shamsudin.

Mohd Na’im berkata, berdasarkan pengalamannya sebagai Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), langkah melalui perintah penjara masih jarang digunakan isteri di negara ini, sebaliknya pelbagai pendekatan lain.

“Orang perempuan ini hati dia tidak sampai untuk guna pendekatan ini, antaranya bimbang tindakan itu menyebabkan dia hilang anak. Ada kes suami bila dihantar ke penjara, berkata pada anak, isteri punca dia dihukum.

“Malah ada anak rasa aib apabila ada kawan yang bercakap mengenai bapanya yang dipenjarakan. Jadi, isteri rasa kasihan, termasuk takut hubungan dengan anak terkesan, kerana itu tak ambil tindakan sedemikian,” katanya.

Beliau memberitahu, biasanya isteri yang ‘berani’ mengambil tindakan penjara ke atas suami adalah mereka yang tidak mempunyai zuriat.

Mohd Na’im berkata, isteri atau anak-anak juga boleh mendapatkan khidmat tuntutan nafkah secara percuma melalui pelbagai pilihan lain di bawah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM.

Katanya, BSK yang diwujudkan pada 2008 bertujuan memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami atau bapa kepada bekas isteri dan anak-anak.

“Antara lain, melalui BSK, boleh memohon perintah tuntutan nafkah melalui pelbagai cara. Misalnya tahanan pendapatan, merangkumi suami yang bekerja dengan kerajaan atau swasta. Cuma yang mungkin bermasalah (untuk dibuat), bagi yang bekerja sendiri.

“Selain itu, perintah nafkah boleh dibuat, bagi suami yang ada hutang dengan pihak ketiga, boleh memohon supaya hutang itu dibayar terus kepada isteri. Jika suami ada harta pula, boleh mohon kepada mahkamah untuk lelong, misalnya rumah yang ada bagi lunaskan pembayaran,” katanya.

Sumber

Previous Post

Ketepikan perbezaan ideologi politik, jadikan mahkamah syariah mesra keluarga

Next Post

Resolusi Seminar Nafkah Keluarga: Antara Abai Dan Andai

Next Post
SEMINAR NAFKAH KELUARGA

Resolusi Seminar Nafkah Keluarga: Antara Abai Dan Andai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In