Menghadiri Sidang Meja Bulat Madani Muslim Minority NEXUS Global Forum dengan tema “Political Representation and Advocacy: Amplifying Muslim Minority Voices in Policy & Governance” anjuran IAIS dan rakan strategik lain.
3 panelis berkongsi pengalaman dan pengetahuan iaitu Dr Anas Altikriti, UK, Asst Prof Dr Anwar Komat, Thailand dan Dr Daud Batchelor, Australia.
Sepatutnya Senator Fatima Payman (Muslimah pertama berhijab di Senat Australia) hadir tetapi memaklumkan keuzuran tidak dapat hadir di saat-saat akhir.
Saya menyampaikan ucapan penutup dan berkongsi sedikit visi dan pandangan mengenai tajuk yang dibincangkan.
Sidang Meja Bulat ini merupakan antara 7 Siri Wacana Intelektual ke arah penganjuran Muslim Minority NEXUS Global Forum yang akan diadakan hujung tahun ini.
Idea dan aspirasinya sangat besar. Doakan.
•••
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.









