• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Sunday, August 9, 2026
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Perkenal sistem pemantauan syariah, perkasa mekanisme institusi kewangan

Accin by Accin
October 8, 2025
in September 2025
0
Perkenal sistem pemantauan syariah, perkasa mekanisme institusi kewangan

Kerajaan disaran memperkenalkan sistem pemantauan syariah menyeluruh yang memberi tumpuan terhadap semua proses kelulusan, pemilihan pelanggan, audit dalaman dan produk kewangan Islam di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu Badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, langkah itu penting bagi memperkasakan mekanisme sedia ada dalam institusi kewangan, khususnya dari segi tadbir urus dan pemantauan dalaman.

“Selain itu, perlu ada penubuhan jawatankuasa bebas pemantau syariah di peringkat institusi kewangan yang boleh memberi nasihat serta membuat teguran terhadap sebarang salah laku berdasarkan nilai dan prinsip Islam.

“Latihan integriti dan etika Islam juga wajar diberikan secara berkala kepada pegawai kewangan supaya keputusan mereka dalam urusan kerja sentiasa dipandu oleh nilai moral yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa seramai 20 pegawai bank bakal didakwa di mahkamah pada hujung September atau awal Oktober ini selepas dipercayai meluluskan pinjaman berjumlah RM700 juta kepada penjawat awam.

Mengulas lanjut, Mohd Jamaludin berkata, penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasaan seperti SPRM, selain mewujudkan jalinan kerjasama strategik dengan badan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dalam aspek pemantauan.

“ACCIN juga ingin menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi memerlukan pembudayaan nilai murni dalam semua sektor, sama ada awam mahupun swasta.

“Apabila berlaku salah guna kuasa dalam meluluskan pinjaman, khususnya kepada penjawat awam, ia boleh mencetuskan krisis keyakinan dan membuka ruang kepada kegiatan rasuah, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan sistem,” ujarnya.

Previous Post

More inter-faith dialogues, peace initiatives needed, says Penang CM

Next Post

Always post with purpose, not prejudice

Next Post
Always post with purpose, not prejudice

Always post with purpose, not prejudice

Please login to join discussion
Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?
June 2026

Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?

by Accin
July 16, 2026
0

Nantikan Isnin hadapan! Sembang santai DJ Hazimi bersama Muhammad Izzuddin bin Sahid dan Muhammad Hareez Jamil bin Nor Hamizee, Mahasiswa...

Read more
Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

July 16, 2026
ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

July 16, 2026
My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

July 16, 2026
Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

July 16, 2026

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In