Perjumpaan CEO ACCIN dan wakil ahli gabungan berkunjung ke pejabat SS Mufti Selangor, Dato Setia Anhar b Opir pada 6hb Mei, 2026 di Bangunan Sultan Idris, MAIS, Shah Alam.
Selain pembentangan hala tuju ACCIN, isu yang di bawa tentang perpaduan ummah dikala diasak oleh Yahudi Israel laknatullah dan sekutunya Trump yang diugut oleh Nethanyahu dengan fail Epstein.
Serangan yg dipilih kedua penjenayah perang ini menyebabkan satu krisis tenaga, ekonomi, keselamatan dan makanan sedunia.
Iran dilihat sebagai satu-satunya kuasa yg dapat berdepan dengan zionis genosid. Namun Iran tidak boleh ditinggalkan bersendirian dan perlu di sokong kuat oleh negara2 Islam dan bukan Islam yg menghormati keadilan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Rumusan umum perbincangan adalah saperti berikut :
1. Perbezaan syiah sunni perlu di ketepikan ketika negara Islam termasuk Iran diasak zionis dajjal. Malah perlu ada usaha untuk hidupkan kembali dialog syiah dan sunni yang di mulakan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradawi untuk membawa persepakatan ummah.
2. Di Malaysia, prinsipnya, orang syiah dari luar negara boleh mempraktikan fahaman mereka tetapi tidak boleh menyebarkan kepada orang tempatan menghormati fahaman ahlul sunnah wal jamaah yg di ikuti beratus tahun.
3. Dalam konteks geopolitik hari ini, Iran perlu diberi sokongan berdepan dengan musuh keamanan dan keadilan sejagat.
4. Beberapa contoh Rasul saw menangani konflik sebegini zaman baginda juga dibincang.
Mesyuarat bersetuju, ada lah lebih aula utk umat Islam fokus kepada perpaduan yang jitu berdepan musuh Islam dan kemanusiaan – Zionis yahudi dan Trump. Perbezaan syiah dan sunni boleh dibincang di lain situasi. Wallahualam.















