Sidang Pakar 2.0: Pemerkasaan Warga Emas – Ke Arah Keadilan Sosial Menjelang 2030
Program anjuran Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN).
Malaysia kini sedang menuju ke arah status negara tua menjelang tahun 2030, dengan unjuran lebih 15% penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Warga emas menghadapi pelbagai cabaran kritikal termasuk:
* Keperluan kepada undang-undang perlindungan warga emas dan pelaksanaan yang berkesan demi keadilan sosial
* Akses terhad kepada kemudahan insurans kesihatan khususnya perlindungan kewangan selepas bersara
* Penyediaan rekabentuk sejagat dan persekitaran alam bina yang mesra warga emas untuk mengelakkan kemalangan
* Sokongan profesional dan jaringan sosial yang mantap untuk pemerkasaan warga emas
Sidang Pakar 2.0 dirasmikan oleh Dato Ahmad Azam Ab Rahman, Pesuruhjaya SUHAKAM.
4 ahli panel pakar kongsikan kepakaran, pengalaman institusi dan hasil penyelidikan:
Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin, Presiden IMAN
Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, MyAgeing, UPM
Prof Dato’ Sri Ar. Dr Asiah Abdul Rahim, Jabatan Senibina, (KAED), IIUM
YBrs. Puan Zarinah Mohd Yusoff, Felo Akademik, IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
YBrs. Puan Balqais Yusoff, Ketua, Jabatan Polisi dan Strategi KWSP
Selepas Sidang Pakar 2.0 selesai, resolusi dibentangkan dan akan dihantar kepada Kementerian yang relevan.
ACCIN mengucapkan terima kasih kepada ahli panel dan peserta atas sumbangan mereka




















