• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, June 19, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

ACCIN : Isu JAIS dan DUMC

admin by admin
June 9, 2011
in Press Statement
0

Gabungan pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dalam gabungan Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) memperakui kenyataan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia bahawa “…Dunia kita hari ini penuh dengan ketegangan agama, ketidakpercayaan, kesedihan dan kebencian. Ketegangan agama ini boleh dengan mudah meletuskan keganasan masyarakat. Ianya menyebabkan orang lain dimomokkan yang kemudiannya mempengaruhi pandangan masyarakat untuk menyokong perang melawan penganut agama lain…. Penyelesaian terhadap masalah ini hanya boleh datang daripada agama itu sendiri. Agama perlu menjadi sebahagaian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah”.

ACCIN meminta media lebih bertanggungjawab dalam melaporkan isu-isu antara agama, khasnya isu JAIS dan DUMC agar masyarakat dapat menghadapi isu ini dengan tenang. Istilah “storm”, “raid” dan “barge” tidak wajar digunakan media bagi menggambarkan pemeriksaan JAIS yang dijalankan selepas hampir sejam berunding dengan penganjur atas aduan berlakunya usaha pemurtadan oleh pihak gereja.

ACCIN meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat beragama. Rumah ibadah merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan. Agar ianya berjaya, ACCIN meminta usaha memurtadkan penganut Islam khasnya, di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh negara dihentikan segera. Ini bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam adalah agama Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama Persekutuan tersebut dan sensitiviti umatnya.

Sejak penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) di bawah Kabinet, ACCIN dan ahli-ahli lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai urusan antara agama sebagai menghormati konsensus jawatankuasa tersebut. ACCIN ingin mengingatkan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) kembali menghormati jawatankuasa tersebut pada masa akan datang.

Sebaiknya isu-isu sebegini dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) di mana dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Koh Tsu Koon dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Justeru, ACCIN turut meminta pihak kerajaan segera mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Previous Post

Titah DiRaja DYMM Raja Nazrin di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011

Next Post

ACCIN : Gerakan Homoseksual Bercanggah Dengan Asas Ajaran Semua Agama

Next Post

ACCIN : Gerakan Homoseksual Bercanggah Dengan Asas Ajaran Semua Agama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In