Seminar: Religious Pluralism From Religious Perspectives pada hari Sabtu, 5 Julai 2025, jam 8.30 pagi – 1.30 petang, dapat berjalan dengan lancar di Kompleks Darul Hidayah, Sentul.
Seminar ini disertai oleh pembentang-pembentang yang berilmu dalam topik yang dikupas pada hari ini. Ketiga-tiga pembentang ialah, Dr Wan Adli bin Wan Ramli (Pengarah Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam UM), Dr. Mohammad Ismath Ramzy (PhD (Buddhism), Education for Humanism and Social Advancement Research Centre, UM) dan Dr. Marina Munira Abdul Mutalib, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia.
Antara topik-topik yang disentuh adalah Tinjauan tentang Pluralisme dalam Agama, Perspektif Buddhisme tentang Pluralisme, dan Perspektif Islam tentang Plurality. Selepas pembentangan selesai, semua peserta mendapat peluang untuk menyertai sesi Soal Jawab.
Seminar ini diadakan secaranfizikal (80 orang telah daftar) dengan sesi livestream di FB ACCIN







