• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Monday, March 30, 2026
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Henti desak Dr Mahathir berundur: Anwar

Accin by Accin
February 18, 2020
in February 2020
0
Henti desak Dr Mahathir berundur: Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap tiada lagi desakan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar melepaskan jawatan dengan segera.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, ini kerana sudah ada kesefahaman dalam isu peralihan kuasa pucuk pimpinan negara oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Saya harap tidaklah (ada desakan) dan saya tidak boleh (halang sekiranya ada desakan). Biar dua-dua pihaklah, ada setuju, ada tidak setuju, yang penting PH itu mesti pegang pada keputusan dan perjanjian.

“Kita ada persefahaman dan ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 21 Februari ini. Jadi kita selesai dengan baik. Proses transisi ini untuk kebaikan negara harus secara aman dan teratur,” katanya malam ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Malam Anugerah Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara di sini.

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan logo baharu ACCIN, selain menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada bekas pengerusi gabungan itu, Datuk Mustapha Ma.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin; Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Semalam, Dr Mahathir menegaskan dirinya tidak terbabit dengan sebarang gerakan atau dalam kumpulan tertentu yang mahukan beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Sebaliknya beliau mengulangi kenyataan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan kepada penggantinya selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan beberapa Ahli Parlimen PKR yang dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri hingga habis penggal sudah menafikan dakwaan berkenaan.

“Ada segelintir kecil, saya tak tahu tetapi semua nafi, jadi tak apalah. Kalau ada Ahli Parlimen PKR yang tandatangan SD, mereka perlu jawab kepada kepimpinan parti dan PH.

“Soalnya pendirian parti dan pendirian PH sokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 dan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8. Itu pendirian parti dan PH,” katanya.

Previous Post

Henti desak Dr Mahathir – Anwar

Next Post

Benci Islam sampai tahap tak munasabah punca masalah

Next Post
Benci Islam sampai tahap tak munasabah punca masalah

Benci Islam sampai tahap tak munasabah punca masalah

Please login to join discussion
BELIA & KEWANGAN: BINA MASA DEPAN TANPA BEBAN HUTANG
March 2026

BELIA & KEWANGAN: BINA MASA DEPAN TANPA BEBAN HUTANG

by Accin
March 16, 2026
0

Dengarkan sekarang! BELIA & KEWANGAN: BINA MASA DEPAN TANPA BEBAN HUTANG. Sembang santai DJ Hazimi bersama panel-panel daripada mahasiswa tentang...

Read more
Bengkel Teknik Dakwah Mualaf 2026

Bengkel Teknik Dakwah Mualaf 2026

March 8, 2026
DUNIA DIGITALISASI: RAGEBAIT PANCING EMOSI, AI CIPTA HALUSINASI

DUNIA DIGITALISASI: RAGEBAIT PANCING EMOSI, AI CIPTA HALUSINASI

March 8, 2026
Attended the Sri Lanka Independance day – 1948

Attended the Sri Lanka Independance day – 1948

March 8, 2026
Book launch on Almarhum SM Idris

Book launch on Almarhum SM Idris

March 8, 2026

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In