• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Saturday, October 18, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Isu Nafkah Keluarga Perlu Diberi Perhatian Lebih Meluas

Accin by Accin
November 18, 2023
in November 2023
0
Isu Nafkah Keluarga Perlu Diberi Perhatian Lebih Meluas

Seminar ‘Nafkah Keluarga: Antara Andai dan Abai’ anjuran Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 11 November 2023 di ibu pejabat IKRAM, Seri Kembangan. Seminar ini diadakan sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) pada bulan November 2023 anjuran IKRAM dengan sokongan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Seminar ini turut ditonton secara ‘live’ di Facebook ACCIN dan IKRAM.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan membincangkan isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak terutama apabila berlakunya perceraian. Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin yang telah berikan pengenalan kepada isu tersebut dan Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Hj Ir Jamaludin Shamsudin yang telah memberikan penekanan kepada kesusahan yang dilalui oleh isteri dan anak-anak akibat pengabaian nafkah.

Dua sesi forum telah diadakan dengan pembentangan dan perbincangan oleh pakar-pakar yang terdiri daripada Prof Dr Najibah Mohd Zain (UIAM), Tn Mohamad Zakian Dio (JKSM), En Md Noh Hj Saiman (LPPKN), Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (USIM), Tn Muhammad Zaki Sukery (Peguam) dan Dr Norzitah Abdul Karim (UITM). Pengacara popular RTM, Tn Hj Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar telah menjadi moderator bagi kedua-dua sesi forum.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah definisi dan tanggungjawab nafkah, hak isteri, suami dan anak-anak, analisa kes-kes mahkamah dan punca-punca pengabaian nafkah serta cadangan-cadangan pembaikan. Para panelis juga telah menjawab soalan-soalan daripada peserta fizikal dan daripada atas talian.

Seminar ini diakhiri dengan pembentangan enam resolusi oleh Pengarah Program, Hj Rozalli Hashim seperti berikut:

1. Kita sepakati untuk membudayakan bahawa nafkah ini satu tanggungjawab keibubapaan yang dikongsi bersama dan pendedahan mengenai nafkah diberikan seawal mungkin dalam kehidupan.

2. Kita sepakati bahawa peningkatan pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang dalam hak pemberian nafkah serta makluman mengenai Garis Panduan Skala Pentaksiran Nafkah Anak perlu disebarkan secara meluas kepada pasangan yang akan dan sudah berkahwin melalui pelbagai kaedah yang berkesan. Antaranya melalui kursus praperkahwinan dan kursus yang diadakan khusus berkaitan rumah tangga dan perkahwinan.

3. Kita menyokong cadangan agar pernyataan bayaran nafkah termasuk nilainya dimasukkan semasa akad nikah serta penubuhan skuad nafkah untuk memberi penerangan tentang isu ini.

4. Kita mengalu-alukan inisiatif kerjasama antara agensi kerajaan dengan NGO dan badan-badan sukarela yang lain untuk meningkatkan usaha-usaha dan meningkatkan kesedaran tentang penyelesaian isu nafkah yang boleh dibuat melalui potongan gaji dan boleh membawa sehingga pengingkar boleh dipenjarakan.

5. Kita sepakati bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Bahagian Sokongan Keluarga di bawah JKSM dalam menyediakan khidmat kaunseling, khidmat nasihat dan runding cara kepada keluarga harus disokong dan diteruskan.

6. Kita bersetuju agar keluarga menetapkan matlamat kewangan dan menyediakan perancangan kewangan berdasarkan kemampuan dan bersih daripada riba serta menyediakan Deklarasi Harta Sepencarian.

Previous Post

Press Release: ACCIN SHOCKED AND APPALLED BY ISRAELI MINISTER’S SUGGESTION TO USE NUCLEAR WEAPONS ON GAZA

Next Post

My Journey To Islam Sumaiyah @ Sumitra a/p Valaitham

Next Post
My Journey To Islam Sumaiyah @ Sumitra a/p Valaitham

My Journey To Islam Sumaiyah @ Sumitra a/p Valaitham

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trump’s 20-Point Gaza Plan: Solution or Illusion?
October 2025

Trump’s 20-Point Gaza Plan: Solution or Illusion?

by Accin
October 8, 2025
0

On 29 September 2025, U.S. President Donald Trump unveiled his “20-Point Gaza Plan,” presented as a roadmap for peace. Yet, many...

Read more
ACE Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran: Ubun-ubun

ACE Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran: Ubun-ubun

October 8, 2025
IIPC 2025 Resolution

IIPC 2025 Resolution

October 8, 2025
International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2025 – A Call of Conscience Towards Justice, Compassion and Peace

International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2025 – A Call of Conscience Towards Justice, Compassion and Peace

October 8, 2025
Always post with purpose, not prejudice

Always post with purpose, not prejudice

October 8, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In