• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Sunday, June 22, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Kenyataan Media ACCIN: Masjid-masjid perlu dijadikan pusat dakwah

Accin by Accin
November 10, 2022
in October 2022
0
Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain : 2022 – Ke Arah Masyarakat Harmoni

Persidangan Kebangsaan 2022: Memahami Kepercayaan Lain – Ke Arah Masyarakat Harmoni yang telah dianjurkan oleh Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Oktober 2022 di Auditorium Perpustakaan UNITEN, Bangi.

Antara deklarasi utama Persidangan ialah keperluan menjadikan masjid-masjid sebagai pusat dakwah setempat. Ini boleh dilaksanakan dengan adanya satu JK Dakwah yang khusus merancang dan melaksanakan usaha “outreach”.

Masjid sesuai kerana ada dimana-mana, punya sumber tenaga dan kewangan yang cukup dan punya kepakaran menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam dalam qariah masing-masing. Masjid juga boleh menyantuni kaum bukan Islam dari sudut persediaan bahan-bahan ilmu Islam, kebajikan dan aktiviti bersama. Modul-modul untuk melaksanakan usaha dakwah masjid sedia ada dan boleh dilaksanakan dengan sedikit usaha.

Antara resolusi lain Persidangan ialah :

Keperluan untuk membuat kajian ancaman Ateisme dan Agnostisisme di kalangan remaja Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk menilai sejauh mana ianya telah meresap dalam pemikiran remaja.

Perlu menjelaskan Islam dengan baik dan berhemah supaya meningkat persefahaman dan keharmonian.

Para Da’ie perlu menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim – dakwah bil hal

Para agamawan dan asatizah (guru-guru agama) yang berjumlah 55,000 orang seluruh negara, perlu berinteraksi dan berdakwah dengan orang Bukan Islam supaya dapat menelusuri budaya dan pemikiran mereka dan meningkatkan persefahaman dan harmoni.

Perlu memahami agama dan budaya orang Bukan Islam di Malaysia sebelum menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Perlu ada usaha untuk menangkis salah faham tentang Islam yang berleluasa (Islamofobia). Islamophobia yang lazimnya berakar di barat dan sampai ke sini melalui media mereka memberi kesan yang kurang baik terhadap harmoni antara kaum dan penganut agama.

Hate speech atau bahasa berunsur kebencian agama dan ras perlu di benteras dan di ambil tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa. Perkara yang isolated boleh merebak jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Persidangan sehari dirasmikan oleh Exco Agama, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, YB Hj. Zawawi Mughni. Beliau memuji usaha memahami kepercayaan lain dan ancaman ideologi-ideologi pemikiran Barat seperti Atheisme, Liberalisme , pluralisme agama dan LGBTIQ.

Pengerusi Persidangan Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin dalam ucapan aluan menekankan perlunya memahami kepercayaan-kepercayaan lain ke arah menerangkan Islam dengan penuh berhemah. Usaha ini boleh membawa kepada persefahaman dan keharmonian di antara kaum. Menurut beliau, penularan ideologi sonsang dari barat boleh membawa bahaya yang besar kepada masyarakat kita di Malaysia.

Ancaman ini tidak jauh. Baru-baru ini, Disney yang banyak mengeluarkan filem dan rancangan media untuk kanak-kanak sekian lama, membuat pengumuman dasar dimana 50% konten Disney akan dibuka kepada elemen-elemen LGBTIQ.

Ancaman ideologi-ideologi pemikiran kontemporari seperti Atheisme, Pluralisme, Liberalisme, Deisme dan LGBTIQ juga telah dibincang dalam bentuk forum. Penularan fahaman-fahaman songsang ini di peringkat dunia, kesan dan statistik penularannya di Malaysia serta langkah-langkah yang perlu diambil telah dikupas oleh para panelis.

Dalam sesi forum terakhir Persidangan ini, para panelis telah merungkai isu-isu yang menghalang orang bukan Islam di Malaysia daripada mempertimbangkan Islam sebagai pegangan mereka. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh muallaf dan aktivis dakwah serta penyelesaiannya dari pelbagai sudut telah dibincangkan.

Diskusi berkumpulan turut diadakan untuk melibatkan para peserta dalam membincangkan isu-isu yang dibentangkan secara lebih terperinci serta menghasilkan pelan tindakan yang sewajarnya.

Tn Hj Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin

Pengerusi Persidangan UoF 2022

Merangkap CEO ACCIN

19 hb Oct 2022

Previous Post

Persidangan Kebangsaan: Memahami Kepercayaan Lain : 2022 – Ke Arah Masyarakat Harmoni

Next Post

ACCIN Menyeru Diadakan Debat Terbuka Calon PRU15

Next Post
Accin Press Release

ACCIN Menyeru Diadakan Debat Terbuka Calon PRU15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In