• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Tuesday, July 1, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

LAPORAN IIPC 2023

Accin by Accin
July 25, 2023
in July 2023
0
LAPORAN IIPC 2023

International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 pada tahun ini mengangkat tema ‘Working Together Towards A Respectful and Cohesive Society’ atau ‘Bekerjasama Ke Arah Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu.’

Persidangan dua hari ini yang bertempat di Hotel Furama, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN). Penganjur bersama adalah Pure Land Learning College Association, Australia (PLLCA) dan Pure Land Amitabha Group-Malaysia (PLAG).

Turut bekerjasama dalam penganjuran ini ialah Kementerian Perpaduan Malaysia (KPN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin agama, aktivis, ahli akademik, pegawai kerajaan dan para mahasiswa. Ramai golongan belia yang turut hadir sebagai peserta bagi berkongsi idea, persamaan dan pandangan berkenaan nilai, prinsip dalam kepercayaan serta budaya masing-masing.

Penceramah dan peserta-peserta persidangan terdiri daripada pelbagai kaum dan kewarganegaraan termasuk dari Australia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Mesir, Filipina, Indonesia dan Thailand. Dewan persidangan dibanjiri dengan kehadiran 200 orang peserta yang telah mengatakan betapa persidangan ini telah banyak memanfaatkan mereka dan malah para penceramah juga saling mempelajari antara satu sama lain.

Program yang bermula pada petang Sabtu diserikan dengan forum bertajuk ‘Peranan Belia dalam Pembangunan Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu’ yang berlangsung pada 15hb Julai 2023. Pada malam itu Tan Sri Syed Hamid Albar telah diundang untuk berdialog dengan para hadirin.

Pada akhir persidangan ini satu resolusi telah dibentangkan hasil dari perbincangan dengan para peserta yang telah memberi pendapat dan cadangan mereka.

RESOLUSI IIPC 2023

Resolutions of IIPC 2023 – Kuala Lumpur

Working Towards a Respectful and Cohesive Society

Bekerjasama Ke Arah Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu

Resolution 1:

Recognizing that dialogue and collaboration are the keys to create respect and cohesiveness, we urge government and non-governmental organisations to invest in continuous efforts in intercultural and interreligious dialogue. Collaboration between inter-religious groups in social service, sports, education and other confidence building measures.

Menyedari bahawa dialog dan kerjasama adalah kunci untuk mewujudkan rasa hormat dan perpaduan, kami menggesa kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk melabur dalam usaha berterusan dalam dialog antara budaya dan antara agama. Kerjasama antara kumpulan pelbagai agama dalam perkhidmatan sosial, sukan, pendidikan dan langkah membina keyakinan yang lain.

Resolution 2:

Recognizing that character building and values education can contribute to respect and cohesiveness we encourage religious institutions to help contribute to the shaping of moral and character education.

Menyedari bahawa pembinaan sahsiah dan pendidikan nilai boleh menyumbang kepada rasa hormat dan perpaduan, kami menggalakkan institusi agama membantu menyumbang kepada pembentukan pendidikan akhlak dan sahsiah.

Resolution 3:

Referring to the principles encapsulated in the Malaysia Madani ideology, we support the promotion of these inclusive principles in the creation of a respectful and cohesive society.

Merujuk kepada prinsip yang terkandung dalam ideologi Malaysia Madani, kami menyokong penggalakan prinsip inklusif ini dalam mewujudkan masyarakat yang hormat-menghormati dan bersatu padu.

Resolution 4:

Recognizing that youth are agents of change, we support initiatives taken by youth to promote respect and cohesiveness within the neighbourhood, in particular through the use of social media and digital technologies.

Menyedari bahawa belia adalah agen perubahan, kami menyokong inisiatif yang diambil oleh belia untuk menggalakkan rasa hormat dan perpaduan dalam kejiranan, khususnya melalui penggunaan media sosial dan teknologi digital.

Resolution 5:

Formation of active interfaith/intercultural groups in schools and universities as a platform of interaction and collaboration.

Pembentukan kumpulan antara agama/antara budaya yang aktif di sekolah dan universiti sebagai platform interaksi dan kerjasama.

Resolution 6:

There is a need for the government to play a pivotal role in promoting the concept of Madani and a respectful and cohesive society by providing resources and finances.

Terdapat keperluan untuk kerajaan memainkan peranan penting dalam mempromosikan konsep Madani dan masyarakat yang hormat-menghormati dan bersatu padu dengan menyediakan sumber dan kewangan.

Previous Post

INTERNATIONAL INTERFAITH PEACE CONFERENCE 2023 CLOSING ADDRESS

Next Post

My Journey to ISLAM Dr. Ungaran@Rashid

Next Post
My Journey to ISLAM Dr. Ungaran@Rashid

My Journey to ISLAM Dr. Ungaran@Rashid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In