• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Monday, June 30, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Sambutan Hari Raya Harmoni 2017

SAMBUTAN HARI RAYA HARMONI 2017

ANJURAN BERSAMA GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA, ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGO & GABUNGAN AHLI SUNNAH MALAYSIA

Hari raya merupakan satu sambutan yang sangat bermakna bagi umat Islam tidak mengira darjat dan pangkat. Hari raya memberi peluang kepada setiap insan untuk bergembira, berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan dan peluang ini juga digunakan untuk mengeratkan hubungan siraturrahim. Saban tahun kita mengadakan sambutan hari raya setiap NGO dan impaknya amatlah besar bagi setiap NGO dan ada keberkatannya tersendiri.

Melihat kepada situasi inilah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) mengambil keputusan untuk menganjurkan sebuah program raya di peringkat NGO secara besar-besaran di satu tempat yang sama dan berusaha mendapatkan keberkatan bersama berimpak tinggi kepada negara. Di samping itu, badan NGO merupakan satu medium strategik yang menghubungkan antara organisasi dan masyarakat umum. Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan antara kaum dan antara NGO-NGO muslim serta melibatkan juga non-muslim di Malaysia.

Sambutan ini adalah anjuran bersama 3 gabungan organisasi Islam di Malaysia iaitu Protem Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA). Terdapat 12 organisasi dari 3 gabungan ini yang tampil untuk bersama menjayakan penganjuran program Sambutan Hari Raya Harmoni 2017 kali ini iaitu:

  1. Masjid Wilayah Persekutuan
  2. Hidayah Centre Foundation
  3. World Assembly of Muslim Youth (WAMY)
  4. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
  5. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  6. Wanita 1 Malaysia
  7. Saba Islamic Media
  8. Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI)
  9. Restoran Mohd Chan
  10. Pertubuhan Iqra’ Malaysia (PIM) 6 RAYA HARMONI 2017
  11. Pertubuhan Momogun Muslim seMalaysia
  12. IKRAM-MUSLEH

Turut bersama memberikan kerjasama penganjuran kali ini ialah Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tour Program Wilayah Persekutuan.

Objektif penganjuran kali ini adalah untuk “mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia”

OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Membina kesatuan di kalangan NGO muslim sebagai asas kesatuan umat Islam

2.2 Menjalinkan hubungan harmoni dengan masyarakat non-muslim.

2.3 Mewujudkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

2.4 Menyambut hari raya 1438H

Di antara jemputan kita adalah ketua-ketua agama dari masyarakat majmuk di Malaysia dan pemimpin-pemimpin tempatan dari pelbagai latar belakang. Di antara yang ternama dijemput adalah:

  1. Arcbishop of Kuala Lumpur, Most Rev. Julian Leow
  1. Chief High Priest of Malaysia & Singapore, Ven. Dr. XXX Nayaka Maha Thera, Buddhist Maha Vihara, Jln Tun Sambanthan
  1. Chairman of Sri Subramaniar Swami Temple, Bt Caves
  1. Sec. Gen. of Christian Federation of Malaysia, Rev. Fr. Dr. Hermen Shastri

Dan lain-lain tokoh dan masyarakat seluruhnya.

Di dalam majlis ini akan diadakan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang diraikan dari golongan anak-anak yatim, orang tua, pelajar tahfiz, saudara baru dan sedang diusahakan juga semua golongan yang memerlukan Muslim dan non Muslim.

Pelbagai jenis juadah tradisional Melayu dan masakan Chinese Muslim akan dihidangkan dan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan bahan-bahan percuma akan diedarkan di samping “Masjid Tour” yang akan diberikan kepada yang ingin menyertainya. Program Masjid Tour di Masjid Wilayah Persekutuan akan membawa setiap pelancung masuk ke ruang sembahyang masjid untuk melihat senibina masjid dari dalam masjid.

Sambutan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat pelbagai  bangsa, agama dan latar belakang.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua lapisan masyarakat majmuk Muslim dan Non Muslim di Malaysia untuk bersama kami menjayakan sambutan pada kali ini. Sila datang beramai-ramai.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada wartawan yang sudi membuat liputan pada sidang kenyataan media pada hari ini. Terima kasih

Kenyataan bersama

GDM, ACCIN & GASMA

Butiran penganjuran adalah seperti berikut:

Tarikh  : 16 Julai 2017 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta, Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In