• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Seminar Islamofobia, Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan

Accin by Accin
December 17, 2025
in November 2025
0
Seminar Islamofobia, Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan

Seminar Islamophobia, Pencetus Genocide Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan dianjurkan oleh ACCIN dengan kerjasama PEDIX-IIUM dan sokongan MAIWP, telah diadakan pada hari Sabtu, 14 November 2025 di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Seminar separuh hari itu bertujuan untuk memperbaiki salah faham terhadap Islam sehingga menimbulkan kebencian dan ketakutan yang tidak berasas. Akibatnya berlaku penafian hak asasi kemanusiaan kepada umat Islam yang merupakan minoriti di merata tempat di seluruh dunia sehingga mencetuskan genosid.

Dalam ucapan penegasan beliau, Hj Ir Jamaludin, CEO ACCIN merangkap pengerusi seminar membincangkan tentang ciri-ciri Islamofobia. Beliau menekankan tanggungjawab masyarakat dunia memainkan peranan aktif dalam menyekat perkembangan naratif Islamofobia dan memastikan undang-undang antarabangsa dihormati tanpa pengecualian.

Ucapan perasmian disampaikan oleh Dr. Abdul Razak, Wakil Khas Menteri Luar Negeri bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia. Beliau berkata kegagalan umat Islam memaparkan akhlak yang terbaik merupakan di antara sebab naratif Islamofobia berkembang. Beliau menyarankan supaya naratif tersebut diperangi dengan memperbaiki kelemahan dalaman umat Islam serta menggunakan data fakta dan analitik. Pemimpin & wakil bukan Islam pelbagai negara boleh juga dijemput datang dan melihat keadaan di Malaysia untuk mendapatkan gambaran yang positif tentang Islam.

Prof Madya Dr. Danial Mohd Yusof, Pengarah PEDIXS-IIUM telah membentangkan topik ‘Merungkai Islamofobia pasca moden, punca dan matlamat’. Ini diikuti forum bertajuk ‘Menangani Islamofobia: Kesan Islamofobia’ dengan panelis Prof Dr Jatswan Singh daripada Taylor’s University, En Jason Leong daripada pertubuhan ANCOM dan En Solahuddiin Ismail Mina daripada Institut Masa Depan Malaysia serta moderator En Arief Arman daripada PEDIXS-IIUM.

Sesi ucapan perasmian serta forum diikuti soalan-soalan yang menarik daripada para peserta. Akhir sekali, Prof Madya Dr. Danial Mohd Yusof telah membentangkan senarai resolusi seminar. Resolusi-resolusi tersebut dijangka akan dikemukakan kepada badan-badan kerajaan yang berkenaan untuk tindakan lanjut setelah dimurnikan.

Previous Post

My Journey to ISLAM Ms Debbie Siru

Next Post

ACE ADABBUR DOA-DOA HARIAN

Next Post
ACE ADABBUR DOA-DOA HARIAN

ACE ADABBUR DOA-DOA HARIAN

Please login to join discussion
Keynote Address : Asean Conference
December 2025

Keynote Address : Asean Conference

by Accin
December 17, 2025
0

Keynote Address - Professor Dr. Syed Muhammad Khairuddin AlJunied (NUS Singapore): Technology and the Formation of Ethics, Morality, and Character:...

Read more
Officiating Speech: ASEAN Conference

Officiating Speech: ASEAN Conference

December 17, 2025
Conference Chairman Speech : ASEAN CONFERENCE

Conference Chairman Speech : ASEAN CONFERENCE

December 17, 2025
ACE PARABLE OF AL-QUR-ANN : THE CHARACTERISTICS OF MUNAAFIQOON AND HOW TO SAFEGUARD OURSELVES

ACE PARABLE OF AL-QUR-ANN : THE CHARACTERISTICS OF MUNAAFIQOON AND HOW TO SAFEGUARD OURSELVES

December 17, 2025
The Family Institution In Light Of Rapidly Changing Technology And AI Driven World

The Family Institution In Light Of Rapidly Changing Technology And AI Driven World

December 17, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In