• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Seminar – Menangani Ekstremisme & Islamophobia Dalam Pembinaan Masyarakat Madani

Accin by Accin
October 10, 2024
in September 2024
0
Seminar – Menangani Ekstremisme & Islamophobia Dalam Pembinaan Masyarakat Madani

Seminar Menangani Ekstremisme & Islamophobia Dalam Pembinaan Masyarakat Madani anjuran Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) dan Ikram Selangor telah diadakan pada hari Sabtu, 21 September 2024..

Ucapan Aluan oleh YDP Ikram Selangor, Prof Madya Dr. Azhar Jaulani telah disusuli ucapan Penegasan oleh Pengerusi Seminar, Ir Hj Mohd Jamaludin Shamsudin (Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN). Ir Hj Jamaludin dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa terdapat salah tanggapan bahawa hak asasi kemanusiaan (HAK) itu bermula dengan revolusi Perancis – sebenarnya Piagam Madinah merupakan dokumen tertulis HAK yang pertama di dunia lebih 1400 tahun yang lalu.

Islamophobia pula dirancang dan dibiayai zionis untuk menanam kebencian terhadap umat Islam. Antara tujuannya ialah meraih sokongan masyarakat Barat terhadap negara haram Israel, mengiyakan segala perbuatan zalim mereka, memberi sokongan senjata dan ketenteraan, media dan lain-lain. Ledakan maklumat yang tidak tertapis boleh menyebabkan rakyat dalam negara juga terpengaruh dan buta terhadap kezaliman Israel dan kuncu-kuncu mereka.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau menyatakan bahawa ekstremisme dan Islamophobia ini adalah ancaman kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia khususnya dan di dunia amnya. Beliau telah memberikan contoh penyebaran berita palsu di UK baru-baru ini yang telah mengakibatkan rusuhan. Beliau menekankan kepentingan ‘tabayyun’ atau menyelidiki kebenaran sesuatu berita yang diterima sebelum disebarkan.

Forum bertajuk Bahaya Ekstremisme dan Islamofobia kepada Pembinaan Malaysia Madani telah berlangsung dengan panel penceramah Dr Abu Hafiz Salehudin, Pensyarah Kanan UIAM serta Penasihat kepada Menteri Komunikasi, Dr Azman Hussin, Pegawai Tugas-tugas Khas Kementerian Dalam Negeri dan Hj Faisal Hamdi Mohammed Ghouth, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) WP. Moderator bagi forum tersebut adalah Hj Roslan Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Ikram. Dr. Abu Hafiz telah mengupas topik forum dari sudut Pendidikan, sementara Hj Faisal memberikan penerangan dari sudut komunikasi dan multimedia dan akhir sekali Dr Azman berbicara dari sudut Keselamatan dan Undang-undang. Forum tersebut disusuli sesi soal jawab.

Akhir sekali, Resolusi Seminar Menangani Gejala Ekstremisme dan Islamofobia dalam Pembinaan Malaysia Madani telah dibentangkan oleh Hj Roslan, iaitu seperti berikut:

Menyedari kepentingan pembentukan sebuah negara Malaysia MADANI yang aman makmur sejahtera berasaskan nilai universal yang mulia, maka kami penganjur seminar Menangani Gejala Ekstremisme dan Islamofobia dalam Pembinaan Malaysia Madani hari ini mengajak para peserta Seminar yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), serta wakil-wakil institusi awam dan swasta untuk bersama:-

1. Memerangi naratif kebencian dan perpecahan

Semua pihak termasuk kerajaan, NGO, pihak swasta, ahli akademik, pemilik platform media samada media cetak dan media digital hendaklah bekerja sama memerangi dan menangani penyebaran naratif kebencian, diskriminasi, dan hasutan ekstremisme melalui mekanisme kawal selia dan penguatkuasaan undang undang yang lebih efektif. Mempergiatkan dan memperluaskan Program literasi media digital bagi tujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati hati dan kritis terhadap semua maklumat yang diterima dan disebar.

2. Membudayakan Dialog Antara Agama dan Budaya

Menjadikan konsep “li ta’arafu” sebagai asas membina budaya dialog antara agama dan budaya dalam membina persefahaman dan toleransi antara pelbagai komuniti di Malaysia. Usaha ini diharapkan dapat mewujudkan sikap hormat menghormati dan toleransi berasaskan maklumat dan ilmu yang benar hasil dari dialog sihat dan beradab.

3. Membina jaringan Kerjasama yang erat antara Kerajaan, NGO, dan Komuniti

Usaha membina jaringan kerjasama yang berterusan dan sistematik antara kerajaan, NGO dan komuniti harus diwujudkan dalam menangani isu-isu ekstremisme dan Islamofobia secara berkesan,. Ini termasuk penyelarasan dalam penyediaan program kesedaran, bantuan dan sokongan kepada mangsa diskriminasi serta pemantauan berterusan terhadap kelompok-kelompok yang terdedah kepada pengaruh ekstremis.

4. Membumi dan Menyebar Luas Nilai-Nilai Malaysia Madani dalam memastikan nilai-nilai keadilan, kesederhanaan, dan persaudaraan diterapkan secara menyeluruh dalam semua lapisan masyarakat melalui sistem pendidikan, memanfaatkan semua saluran media serta memastikan penguatkuasaan undang-undang yang adil, berkesan dan “buta warna” (color blind) serta mempergiatkan aktiviti kesedaran yang menolak segala bentuk ekstremisme dan diskriminasi .

5. Menggalakkan Konsep Islam Rahmatan Lil Alamin

Salah satu cara membina imej Islam yang lebih inklusif dan damai, inisiatif ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’ perlu digalakkan dalam semua aspek kehidupan masyarakat Malaysia, bagi menonjolkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira agama, bangsa, atau latar belakang.

Marilah kita berikrar untuk bekerjasama bagi mencapai Malaysia yang aman, harmoni, dan bebas dari ancaman ekstremisme dan Islamofobia, selaras dengan visi Malaysia Madani yang dihasratkan.

Resolusi ini adalah satu rangka tindakan yang komprehensif untuk memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat terus dipertahankan dalam menghadapi ancaman ekstremisme dan diskriminasi.

Previous Post

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE) – Siri Ceramah Anjuran ACCIN 29 September 2024

Next Post

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE) – Kearah Perawatan & Pengubatan Islam Yang Profesional

Next Post
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE) – Kearah Perawatan & Pengubatan Islam Yang Profesional

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE) - Kearah Perawatan & Pengubatan Islam Yang Profesional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In