• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Friday, June 20, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

ACCIN : Gerakan Homoseksual Bercanggah Dengan Asas Ajaran Semua Agama

admin by admin
June 11, 2011
in Press Statement
0

KENYATAAN MEDIA – 01 NOVEMBER 2011

Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) menyokong PBB dan OIC bahawa “In a world hatred in mistrust only the world’s religions can help”. Asasnya sudah ada di sini bahawa Malaysia sebuah negara mesra agama, bukan sekular. Walaupun diuji dengan pelbagai isu antara agama, ACCIN mengingatkan SUHAKAM, Bar Council, Empower, KRYSS, Tenaganita, Seksualiti Merdeka dan semua pihak yang terlibat dalam program “Roundtable Discussion on Gender Equality : Unaddressed Women’s Rights Issues” pada 31 Oktober 2011, program “Human Rights for LGBTIQ: Making It Real in Malaysia” pada 2 November 2011 dan inisiatif lain seumpamanya bahawa tuntutan utama Gerakan Homoseksual di Malaysia, seperti perkahwinan homoseksual oleh “Rev” Ouyang Wen Feng, sebagaimana termaktub dalam Prinsip-prinsip Yogyakarta bercanggah dengan asas ajaran Islam dan semua agama yang menyumbang melebihi 2/3 populasi dunia dan melebihi 90% populasi Malaysia.

ACCIN terpanggil untuk menjelaskan kepada warga Malaysia bahawa semua agama banyak berbeza dalam kepercayaan, tetapi berkongsi banyak nilai moral seperti berdosanya atau salahnya judi, arak dan zina di luar perkahwinan sama ada melibatkan hubungan heteroseksual (lelaki dan perempuan), homoseksual (gay, lesbian dan biseksual), transgender dan sebagainya. Hubungan homoseksual jelas melawan fitrah menurut majoriti agama. Ia dinyatakan oleh pelbagai institusi agama seperti al-Azhar, Vatican City, Akal Takht dan pemimpin agama seperti Sheikh Ali Jumua, Archbishop Calestino Migliore dan Yang Mulia Dalai Lama. Penolakannya sebagai hak asasi dinyatakan oleh teks autoriti semua agama. Bagi yang tidak beragama, nilai moral perlu menjadi rujukan dalam pertimbangan nilai baik dan buruk. Nilai moral sama sekali menolak perlakuan salah ini. Konsep-konsep sekular yang pelbagai juga tidak dapat menjustifikasikan zina sukarela (heteroseksual dan homoseksual) antara orang dewasa sebagai hak asasi manusia secara konsensus.

ACCIN ingin mengajak parti politik dan masyarakat pelbagai agama untuk bersuara menyelar tuduhan tidak berasastransphobia, homophobia dan heterosexsualism ke atas semua agama dan tindakan mengeksploitasi agama untuk menghalalkan zina oleh gerakan ini. Ianya membuktikan tren diskriminasi ke atas agama berdasarkan faktor religiophobia, khasnya Islamophobia memang berlaku, semakin meningkat dan membimbangkan. ACCIN sedia bekerjasama dan meminta negara dan SUHAKAM agar mengambil tindakan kerana fitnah terhadap agama (defamation of religions) telah dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia di PBB, OIC dan pelbagai mekanisme hak asasi manusia antarabangsa.

ACCIN juga berharap agar ahli politik dan masyarakat tidak terpengaruh dengan lobi sosiopolitik gerakan ini dan lebih spesifik apabila membicarakan tentang transgender. Kerana, istilah transgender boleh merangkumi golongan transvestit, intekseks, lesbian, gay, biseksual dan sebagainya. Transgender yang benar-benar mengalami masalah kekeliruan orientasi seksual dan identiti jantina yang diperakui agama dan pakar perubatan wajar dan telah pun diiktiraf di seluruh dunia. Transgender adakalanya disamakan dengan transsexual. Transexxualism sendiri dikategorikan sebagai penyakit mental oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Transgender seperti mak nyah yang tiada masalah orientasi seksual dan identiti jantina sebenarnya perlu dibantu melalui usaha pemulihan, bukan melalui pengiktirafan sebagai hak asasi manusia.

ACCIN juga menyeru masyarakat Malaysia agar tidak menyokong mana-mana pemimpin masyarakat yang tidak menghormati asas dan kesucian agama, khasnya Islam yang juga agama Persekutuan, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik, termasuk yang menyokong Gerakan Homoseksual dan tuntutan utamanya.

DR.

Previous Post

ACCIN : Isu JAIS dan DUMC

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Pertama Mengenai Islamophobia (Mei 2007 – Mac 2008)

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Pertama Mengenai Islamophobia (Mei 2007 – Mac 2008)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In