• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 30, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Laporan Tinjauan OIC Pertama Mengenai Islamophobia (Mei 2007 – Mac 2008)

admin by admin
June 15, 2011
in Latest News
0

Laporan Tinjauan OIC Pertama Mengenai Islamophobia (Mei 2007 – Mac 2008)

Ringkasan Eksekutif

Satu daripada isu utama dihadapi dunia perhubungan antarabangsa kini ialah Islamophobia. Ia telah bermula sejak zaman permulaan Islam lagi. Namun sejak akhir-akhir ini fenomena ini telah melahirkan kebimbangan kepada dunia Islam. Menfitnah, sikap tidak bertoleransi dan pandangan negatif terhadap Islam dan umat Islam semakin berleluasa ekoran pihak Barat menganggap umat Islam menyokong kepada keganasan dan bersikap melampau. Peristiwa yang amat menyedihkan lebih-lebih lagi berlaku apabila simbol Islam iaitu Nabi Muhammad SAW dicemari dan dihina hingga menyinggung perasaan umat Islam yang akhirnya turut menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

Ekoran daripada inilah, semua pemerintah negara dan kerajaan semasa Sidang Kemuncak ke-3 di Mekah pada Disember 2005 meluluskan Program Tindakan 10 Tahun OIC, antara lain meluluskan penubuhan Badan Tinjauan di Sekretariat Agung OIC untuk menangani Islamophobia dengan memantau semua bentuk Islamophobia dan mengadakan dialog tersusun bagi menyatakan nilai-nilai Islam yang sebenar. Laporan Tinjauan OIC Pertama telah disediakan meliputi tempoh Mei 2007 hingga Mac 2008.

Laporan Tinjauan OIC Pertama ini dibentangkan dalam empat bahagian utama: (i) Definisi, latar belakang sejarah dan punca, (ii) Manifestasi terkini Islamophobia termasuk insiden Islamophobia dan kenyataan politik yang menghina Islam oleh beberapa ahli politik Barat serta perkembangan positif yang diperhatikan, (iii) Aktiviti & usaha Badan Tinjauan dan Sekretariat Serantau serta Antarabangsa untuk menangani isu Islamophobia, (iv) Kesimpulan dan cadangan.

Metodologi dalam menyusun laporan ini termasuk pemadanan laporan dan kajian oleh pertubuhan-pertubuhan penyelidikan yang berwibawa dan para pemikir, hasil persidangan antarabangsa, dokumen dan resolusi PBB, memantau laporan yang boleh diperolehi mengenai insiden Islamophobia.

Laporan ini juga turut memfokuskan kepada beberapa perkara, antaranya:

  1. Keperihatinan OIC terhadap tindakan keras yang dilakukan terhadap umat Islam yang tinggal dalam komuniti Barat dan gejala menfitnah Islam di seluruh dunia.
  2. Kesimpulan berdasarkan kenyataan kumpulan-kumpulan Islam dan anti perkauman, bahan-bahan yang diterbitkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan badan-badan pemantauan, hasil penyelidikan, laporan media dan sebagainya.
  3. Aspek undang-undang berkaitan Islamophobia yang menyatakan bahawa fenomena Islamophobia sebenarnya bertentangan dengan kehendak instrumen antarabangsa yang memastikan perlindungan daripada menfitnah agama, penghapusan diskriminasi serta sikap tidak bertoleransi terhadap umat Islam.
  4. Hak kebebasan bersuara boleh dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ia tidak boleh menjadi lesen untuk menyakiti, menghina, memprovokasi, mengapi-apikan kebencian antara agama dengan menfitnah, mengecam dan menghina simbol suci agama Islam serta menyebabkan kekacauan dan keganasan dalam masyarakat.

Dalam menyusun laporan ini, Badan Tinjauan turut mengambil kira kerumitan isu Islamophobia dan cara bagaimana ia dilihat oleh protagonist. Turut diambil kira dalam mendefinisi Islamophobia ialah Pelapor Khas PBB yang menjelaskan Islamophobia ialah “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka”. Badan Tinjauan juga menggunakan laporan dan daripada kaji selidik, kajian dan laporan insitusi antarabangsa yang terkenal, antaranya: August 2006 USA Today/Gallup poll; the Washington based Human Rights First, 2007 Report on Islamophobia; the Pew Research Center Report bertarikh 25 September 2007, the The European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC) dan The European Commission against Racism and Intolerance (ECRI)‘s latest 2007 “Third Report on the Netherlands” bertarikh 12 February 2008. Laporan ini dengan jelas menyebut peningkatan dramatik Islamophobia di Belanda dan umat Islam di Belanda menjadi subjek stereotaip, stigma dan adakalanya secara terang digambarkan dalam wacana politik perkauman dan media secara tidak seimbang.

Laporan juga mendapati fenomena Islamophobia akan berterusan menjadi perhatian masyarakat antarabangsa pada masa hadapan. Adalah dipercayai kemarahan dan bantahan dunia Islam lebih mendalam khasnya melalui penerbitan kartun yang menfitnah Nabi Muhammad SAW dan ucapan tidak bertanggungjawab Pope Benedict di Universiti di Jerman. Manakala, media mempunyai peranan penting dalam menyentuh isu Islamophobia untuk mengupayakan budaya toleransi dan persefahaman bersama dan bahawa kebebasan berekspresi seharusnya dikaitkan dengan tanggungjawab tertentu.

Laporan ini menyimpulkan bahawa kini terdapat kesedaran dalam masyarakat antarabangsa termasuk kerajaan, NGO dan masyarakat madani di mana mereka mula mengambil perhatian yang serius terhadap kebimbangan umat Islam menghadapi bahaya menfitnah Islam serta kesediaan mereka untuk melibatkan diri dalam dialog-dialog antara agama. Justeru, laporan berpendapat bahawa semua Negara Anggota OIC boleh meneruskan usaha mereka untuk memerangi Islamophobia dari pelbagai peringkat.

Previous Post

ACCIN : Gerakan Homoseksual Bercanggah Dengan Asas Ajaran Semua Agama

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Kedua Mengenai Islamophobia (Jun 2008 – April 2009)

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Kedua Mengenai Islamophobia (Jun 2008 – April 2009)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visiting the Dalai Lama
March 2023

Visiting the Dalai Lama

by Accin
March 28, 2023
0

OUR journey to visit His Holiness the Dalai Lama began with a flight to Amritsar, India on Wednesday, March 15,...

Read more
Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

March 27, 2023
Dalai Lama Meetup

Dalai Lama Meetup

March 28, 2023
Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

March 27, 2023
Tabung Ramadhan Mualaf 2023

Tabung Ramadhan Mualaf 2023

March 27, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In