• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Friday, June 20, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Laporan Tinjauan OIC Kedua Mengenai Islamophobia (Jun 2008 – April 2009)

admin by admin
June 15, 2011
in Latest News
0

Ringkasan Eksekutif

Islamophobia bertentangan dengan nilai-nilai asas manusia dan prinsip-prinsip hak asasi yang melindungi manusia daripada diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi. Tindakan perkauman, diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi mencabar amalan hak asasi manusia dan kebebasan ummah Islam terus meningkat di Barat. Ini menyumbang kepada salah faham terhadap Islam dalam masyarakat bukan Islam dan menyebabkan meningkatnya layanan berbeza, profil negatif dan stereotaip terhadap ummah Islam yang tinggal atau melawat negara Barat. Keadaan ini diburukkan lagi oleh penerbitan, produksi video dan kenyataan anti-Islam oleh individu dan kumpulan yang berkepentingan. Ini mewujudkan kecurigaan dan syak wasangka antara Dunia Islam dan Dunia Barat yang memerlukan pendirian segera dan bersama terhadap segala bentuk dan menifestasi diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi.

Laporan ini lebih fokus untuk menggariskan penglibatan penting antara Dunia Islam dan Dunia Barat yang bertujuan untuk memerangi fenomena ini. Ia menarik perhatian terhadap beberapa perkara, antaranya:

1- Islamophobia dalam segala bentuk dan manifestasinya mempunyai potensi yang boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan dan keselamatan global dan sewajarnya perlu ditangani dengan segera dan secara kolektif oleh masyarakat antarabangsa. Pelbagai insiden menjelaskan bahawa fenomena Islamophobia juga menular di seluruh dunia, termasuk Eropah, Amerika dan negara-negara Barat.

2- Didorong faktor sejarah, budaya dan psikologi, bentuk terkini Islamophobia memberi kesan dalam kerja-kerja penyelidikan, laporan, rencana, tulisan institusi dan ahli akademik terkenal. Pelbagai fitnah dan tindakan negatif melalui ucapan, artikel, buku, dokumentari dan pertemuan telah mengesahkan menularnya kempen yang sistematik, bermotivasi dan berterusan bagi menentang Islam dan penganutnya. Ia juga turut menyenaraikan beberapa keadaan yang membimbangkan dan semakin aktif di kebanyakan tempat di dunia Barat termasuklah kebencian, diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi terhadap Islam dan umat Islam.

3- Badan Tinjauan berjaya menghasilkan beberapa perkembangan positif. Islamophobia sebagai isu besar yang mencabar keharmonian ummah manusia membahayakan proses dialog dan persefahaman antara tamadun dan budaya. Ini dibuktikan oleh pelbagai keputusan diambil oleh sebilangan kerajaan dan masyarakat Barat bagi menjauhkan diri daripada pengiat Islamophobia yang terkenal dan aktiviti mereka. Antaranya;

  • Keputusan Mahkamah Amsterdam untuk menjalankan prosiding jenayah terhadap ahli politik sayap kanan, Geert Wilders, produser anti-Islam yang menerbitkan filem Fitna.
  • Pengundian di Swiss Lower House yang menentang resolusi yang menuntut pengharaman membina menara masjid di Switzerland.
  • Nada positif Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama sewaktu kempen pilihanraya.
  • Bual bicara oleh Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat AS ke arah menjalinkan hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia
  • Syor-syor membina yang memberi latar belakang untuk pendekatan konstruktif.

4- Antara faktor Islamophobia ialah gambaran negatif dan salah terhadap Islam di sekolah dan institusi pendidikan, antaranya; i) Dengan mengabaikan pengetahuan yang betul tentang Islam, ii) Menyerlahkan gambaran negatif tentang Islam dan Muslim, iii) Melakukan penghinaan dan penderaan lisan atau fizikal di sekolah, iv) Menafikan keperluan menangani isu Islamophobia.

5- Laporan juga meringkaskan prosiding dilakukan oleh pihak OIC di Majlis Hak Asasi Manusia dan Perhimpunan Agung PBB yang membentuk ikatan kukuh antara Dunia Islam dan Dunia Barat.Dengan berpegang kepada prinsip undang-undang antarabangsa, OIC bersedia mencari penyelesaian berdasarkan kerangka yang sedia ada. Usaha OIC untuk mencapai persetujuan mengenai isu fitnah terhadap agama (defamation of religions) di PBB mendapat banyak sokongan.

6- Isu fitnah terhadap agama bukan sahaja digunakan untuk mencipta beberapa persepsi media dan pemikiran Barat, bahkan dikelirukan dengan kerangka yang sedia ada mengenai kebebasan berekspresi. Kejayaan resolusi UNGA dan UNHRC mengenai fitnah terhadap agama menjadikannya satu konsep yang berdiri dengan legitimasi antarabangsa. Ia tidak wajar digambarkan sebagai mengambil hak kebebasan berekspresi.

7- Kedudukan OIC dalam isu fitnah terhadap agama ialah berdasarkan banyak peruntukan dalam instrument antarabangsa, termasuk Piagam PBB dan resolusi-resolusi berkaitan. Fitnah terhadap agama, sebagai menifestasi Islamophobia, tidak terhad kepada agama sahaja, kerana suatu idea yang abstrak juga boleh menjadi target dikritik dan dipermainkan. Kesan sebenar terhadap fitnah ini ialah kempen kebencian dan stereotype negatif secara terang-terangan yang mensasarkan semua prinsip asas dan penganut Islam secara individu atau berkumpulan.Ia menggambarkan mereka sebagai bahaya, tidak bertamadun dan pengganas. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat ini disembunyikan di bawah panji-panji kebebasan bersuara. Dalam kehidupan sebenar, sasaran kempen fitnah ini ialah setiap identiti, maruah, harga dan keyakinan diri seorang muslim. Mangsa serangan ini menjadi paria, orang buangan dan sasaran ejekan, bahkan menjadi subjek penderaan fizikal dan psikologi.

8- Kedudukan OIC dalam isu penting ini diasaskan pada peruntukan undang-undang antarabangsa, dan terutamanya dalam pelbagai instrument undang-undang antarabangsa. Sebagai contoh, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, dalam Artikel 7 menyatakan: “Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama daripada sebarang diskriminasi dan daripada sebarang hasutan terhadap diskriminasi sedemikian”.  Artikel 12: “Tiada siapapun boleh menjadi subjek diserang maruah, reputasi dsb.”

9- Hampir semua undang-undang, instrumen dan perjanjian antarabangsa dengan jelas menyebut bahawa kebebasan berekspresi perlu diamalkan dengan tanggungjawab, antaranya:

The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) menyebut dalam Artikel 19: “…Pengamalan hak-hak ini [termasuk hak berekspresi] membawa bersamanya tugas dan tanggungjawab khas. Ia boleh tertakluk kepada sekatan tertentu.”

Artikel 20: Sebarang advokasi terhadap kebencian antara negara, bangsa atau agama yang merupakan hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan dilarang oleh undang-undang”.

Artikel 10 The European Convention on Human Rights menyebut: “Pengamalan kebebasan ini, memandangkan ia membawa bersamanya tugas dan tanggungjawab, tertakluk kepada formaliti, syarat, sekatan atau penalti.”

Sebagai tambahan, Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan sebilangan resolusi yang mengecam tindakan fitnah terhadap agama sejak tahun 1999. Resolusi UNGA (A/Res/53/140) Tahun 1999 menetapkan dalam perenggan No. 4:

“Di samping itu menggesa negara-negara, selaras dengan piawai antarabangsa dan hak asasi manusia, untuk mengambil semua langkah-langkah sewajarnya untuk memerangi kebencian, sikap tidak bertoleransi dan tindakan keganasan yang didorong oleh sikap tidak bertoleransi agama.”

10- Sekretariat Agung OIC juga terlibat dalam pelbagai aktiviti, termasuk kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti UN, EU, OSCE, AoC dll, begitu juga pelbagai institusi, universiti dan badan pemikir. Setiausaha Agung telah menghadiri dan membincangkan Islamophobia dalam banyak peristiwa, seperti the International Conference on the Muslim world and the West, di Kuala Lumpur, Malaysia, Muslim and Western Countries’ Forum di Astana, Kazakhstan,Interfaith Dialogue di PBB di New York, US; Rabat Follow-up on Fostering Dialogue among Cultures and Civilizationsdi Copenhagen, Denmark; dan OIC Inter-Institutional Forum on Universal Shared Values di Geneva, selain lawatan beliau ke beberapa Negara Eropah. OIC menjadi penaja bersama beberapa persidangan di atas. Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara OIC dan AoC ialah antara langkah ke hadapan ke arah yang betul.

11- OIC menginginkan dialog yang jujur dan berorientasikan hasil berdasarkan persefahaman dan penghormatan bersama antara Dunia Barat dan Dunia Islam di semua peringkat, termasuk di akar umbi. Dalam usaha membendung musuh nombor satu Islamophobia dan menggalakkan keamanan dan toleransi dalam kalangan penganut pelbagai agama dan budaya, dialog ini perlu melalui kehendak politik yang kuat yang bertujuan untuk membangunkan strategik yang akan menekankan perlaksanaan undang-undang nasional dan antarabangsa yang sedia ada serta mengenal pasti nilai-nilai dan prinsip-prinsip. Cadangan perdamaian bersejarah antara Islam dan Kristian oleh Setiausaha Agung OIC menyediakan visi yang berdaya maju untuk dialog yang jujur dan berorientasikan hasil.

Kesimpulannya, OIC telah menjalankan suatu usaha yang jujur dan serius dalam menggariskan tren meningkatnya Islamophobia yang dimenifestasikan dalam bentuk diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi terhadap muslim, khasnya di Barat. Laporan ini telah menyediakan kompilasi terperinci berhubung insiden diskriminasi dan kebencian terhadap ummah Islam serta penghinaan dan fitnah terhadap Islam dan simbol-simbol sucinya. Laporan juga memasukkan rujukan kepada penemuan dan kenyataan yang berpunca daripada elit politik dan sumber lain berpengkalan di Barat. Laporan seterusnya menekankan kepentingan hubungan antara ummah Islam dan Dunia Barat melalui dialog antara agama dan dialog antara tamadun yang membuat syor dan cadangan yang boleh memudahkan dan membentuk sebahagian daripada hubungan tersebut. Laporan turut menyatakan keyakinan bahawa kesedaran semakin beransur-ansur wujud dalam diri masyarakat antarabangsa terhadap diskriminasi dan kebencian atas alasan agama.

Previous Post

Laporan Tinjauan OIC Pertama Mengenai Islamophobia (Mei 2007 – Mac 2008)

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Ketiga Mengenai Islamophobia (Mei 2009 – April 2010)

Next Post

Laporan Tinjauan OIC Ketiga Mengenai Islamophobia (Mei 2009 – April 2010)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In