Pagi ini jam 9.30 pagi, 20/7, ACCIN dijemput untuk mesyuarat dengan Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, Tn Hj Hairil dan pegawai-pegawainya. CEO ACCIN dan dua wakilnya hadir.
Mesyuarat ini adalah mesyuarat ketiga bagi membincangkan Persidangan Meja Bulat Agenda Nasional Kasih Keluarga Negara: “Peranan Agama Memperkukuhkan Kompas Moral dan Kerangka Etika dalam Era Digital” yang akan diadakan pada 19hb November 2026.
Mesyuarat merumuskan untuk menjayakan program ini secara besar-besaran dengan anggaran 300 – 500 peserta. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Hjh Nancy Sukri dijangka merasmikan Persidangan.
ACCIN ucapkan syabas kpd Timbalan KP, LPPKN atas kesudian beliau bersama-sama menjayakan usaha yang murni ini.











