• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

ACCIN: Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama

admin by admin
June 28, 2011
in Press Statement
0

Rujukan kami / Ref: KMAIN1/1432
Tarikh / Date: 26 September 2011

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Merangkap Urusetia Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama

YBhg. Tuan

Assalamualaikum w.b.t

CADANGAN ACCIN KEPADA KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA KALI PERTAMA

Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.

Bagi pihak Gabungan NGO-NGO Islam (ACCIN), izinkan saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom di atas penganjuran Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011 buat kali yang Pertama.

Ia merupakan titik sejarah yang baru bagi melihat kerjasama yang lebih utuh dalam kalangan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dalam melaksanakan agenda pemartabatan Islam di tanahair.

ACCIN percaya bahawa Kongres ini tepat pada masanya dan ia merupakan persidangan yang amat penting untuk merencana masa depan Islam dan umatnya.

ACCIN juga merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur menjemput pertubuhan-pertubuhan NGO Islam bagi berinteraksi dan terlibat sama dalam memberikan pandangan-pandangan yang boleh dijadikan panduan dan agenda bertindak dalam bentuk resolusi yang akan dirangka.

Untuk itu, bagi pihak ACCIN, kami ingin memberi cadangan kepada perkara-perkara berikut supaya diambil perhatian dalam merangka resolusi Kongres. Ia disimpulkan dalam 10 perkara sepertimana di bawah:

CADANGAN UNTUK PERTIMBANGAN RESOLUSI KONVENSYEN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI 2011

1. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan komitmen terhadap prinsip-prinsip terkandung dalam Perlembagaan dan Syariah sebagai panduan umum dan Piagam Majlis untuk menghadapi era globalisasi kini.

2. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan kembali komitmen tingginya, bersesuaian dengan “Cairo Declaration of Human Rights in Islam”, untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dari perspektif Islam.

3. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menekankan kepentingan untuk menilai kembali semua aspek pentadbiran Syariah dan memastikan pendekatan yang adil dan seimbang terhadapnya.

4. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menyatakan keprihatinan, bersesuaian dengan “World Interfaith Harmony Week”, terhadap persamaan, perbezaan dan kehidupan harmoni antara agama dan kepercayaan tanpa mengabaikan asas dan kesucian Islam serta Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

5. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar melebarkan kerjasama (interaksi dan perkongsian pintar) untuk menghadapi cabaran ummat manusia, khasnya ummat Islam tanpa mengira ras, warna kulit, bahasa, jantina, agama/mazhab, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan lain.

6. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar mengenal pasti sumbangan kepada NGO-NGO Islam, merangkumi kos bangunan, sekretariat, pengajian, kenderaan, program dan lain-lain, termasuk daripada sumber zakat.

7. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat.

8. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu memberikan perlindungan kepada muallaf dan meningkatkan usaha serta proaktif untuk dakwah non-Muslim di seluruh Malaysia, merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

9. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu mengurangkan birokrasi dalam pemberian bantuan zakat kepada para asnaf bagi mengelakkan golongan ini dieksploitasi oleh golongan lain.

10. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diminta sentiasa membantu meningkatkan sosio-ekonomi ummah dan memperkasa aspek pendidikan agama kepada anak bangsa.

Semoga cadangan-cadangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

DR.

Previous Post

ACCIN : Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)

Next Post

ACCIN : ADEGAN BOGEL DI TV3 TIDAK MENGHORMATI SEMUA AGAMA.

Next Post

ACCIN : ADEGAN BOGEL DI TV3 TIDAK MENGHORMATI SEMUA AGAMA.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts
May 2025

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts

by Accin
May 1, 2025
0

Read more
Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

May 1, 2025
SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

May 1, 2025
Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

May 1, 2025
INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

May 1, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In