• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Sunday, June 22, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

ACCIN Minta DBP Kemuka Terjemahan Tepat Kalimah God

Accin by Accin
July 18, 2017
in 2017, July 2017
0
ACCIN Minta DBP Kemuka Terjemahan Tepat Kalimah God

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digesa tampil menyatakan pendirian tegas dengan mengisytiharkan terjemahan tepat bagi perkataan “god” ke bahasa Melayu seperti termaktub di dalam Akta 32, Bahasa Kebangsaan 1963.

Pengerusi Gabungan Perikatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN) Ir Mohd Jamaludin Shamsudin berkata perkara itu perlu bagi mengelak kekeliruan di kalangan mereka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.

“Contohnya penggunaan kalimah Allah dalam doktrin keagamaan yang lain seperti ‘trinity’ berbanding ‘Yang Esa’ boleh membawa kepada kekeliruan dan berbentuk penghinaan,” kata Mohd Jamaludin dalam sidang media di Bangunan DBP di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Mohd Jamaludin bersama lima Ahli Majlis ACCIN mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Kata Mohd Jamaludin kehadirannya hari ini kerana bimbang dengan keadaan semasa dan menyifatkan ketegangan masih belum reda.

“Ada kekeliruan di kalangan orang Islam dan bukan Islam berpunca daripada tak mahu menerima keputusan mahkamah dalam kes The Herald,” katanya.

DBP sanggup pergi

Pada 21 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk penilaian semula keputusan awal yang dibuat pada Jun 2014

Keputusan dengan majoriti 4-3 itu menggariskan bahawa pihak gereja tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan edisi Bahasa Malaysia, The Herald.

Mengulas lanjut, Mohd Jamaludin berkata, pihaknya menggesa DBP agar tampil memberi penerangan kepada umum bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di negara ini.

“Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti larangan menyebarkan agama lain kepada umat Islam,” katanya.

Mohd Jamaludin turut berkata DBP memaklumkan bahawa mereka bersedia untuk memberi penjelasan termasuk di mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian.

“DBP bersedia untuk tampil memberi penjelasan tentang isu ini apabila perlu dalam bentuk apa pun, sekiranya mahkamah panggil mereka sanggup nak pergi,” katanya.

Previous Post

Sidang Media Penggunaan Kalimah Allah

Next Post

Pastor Joshua Woo Jangan Biadap Dengan Umat Islam  

Next Post

Pastor Joshua Woo Jangan Biadap Dengan Umat Islam  

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?
May 2025

Suara Belia: MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA?

by Accin
May 28, 2025
0

MENTAL DI USIA MUDA: APA PUNCANYA? Radio JAWI dengan kerjasama Allied Coordinating Council of Islamic NGOs - ACCIN dan Pertubuhan...

Read more
Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

Interfaith Colloquium – Gender and Marriage Institution from the Perspective of Various Religious Texts

May 28, 2025
Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

Mesyuarat Mantan Pengerusi ACCIN

May 28, 2025
ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

ACCIN CENTRE OF EXCELLENCE (ACE ) Mengurus Dan Merawat Penyakit Gangguan Makluk Halus

May 28, 2025
My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

My Journey To Islam: Muiz Yahya Yeo

May 28, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In