• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 23, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Pastor Joshua Woo Jangan Biadap Dengan Umat Islam  

Accin by Accin
July 19, 2017
in Berita Tempatan
0

KENYATAAN MEDIA

DATO’ PADUKA DR. IBRAHIM ALI
PRESIDEN
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

18 JULAI 2017
13.15HRS

PASTOR JOSHUA WOO JANGAN BIADAP DENGAN UMAT ISLAM

1. PERKASA merujuk kepada laporan terkini dalam portal berita dalam talian http://www.pru14.tv/2017/07/05/al-quran-benarkan-kafir-murtadkan-umat-islam-ahli-majlis-dap bertajuk “Al-Quran Benarkan Kafir Murtadkan Umat Islam – Ahli Majlis DAP”.

2. Pastor Joshua Woo Sze Zeng mendakwa Al-Quran membenarkan golongan bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam namun perundangan Malaysia menjadi batu penghalang.

3. Paderi Kristian ini menafsirkan sesuka hati terjemahan ayat al-Quran yang berbunyi “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku” (Surah Al-Kafirun: 6).  Tafsirannya juga ternyata salah. Bagi ayat 5 dan 6 Surah Al-Kafirun, maksudnya adalah seperti berikut: “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat (5) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat” (6).

4. Sebab penurunan ayat ini (Asbab Al-Nuzul) ini adalah kerana pelawaan orang-orang Kafir atau Musyrikin Quraish kepada Rasulullah SAW. untuk menyembah tuhan (berhala) yang mereka sembah. Mereka ingin mengajak Rasulullah SAW. dan para sahabat ra. untuk menyembah tuhan orang-orang Musyrikin Mekah dalam waktu satu tahun, kemudian orang orang Musryrikin Quraish akan menyembah Allah SWT. selama satu tahun juga pada tahun berikutnya. Dari peristiwa itu, kemudian Allah swt menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjawab pelawaan kaum Kafir tersebut. Jadi, maksud sebenar ayat ini bukanlah “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku” seperti yang dikelirukan oleh Pastor Joshua Woo Sze Zeng.

5. Bagi menghalalkan usaha untuk murtadkan orang Islam, paderi ini menegaskan bahawa penganut Kristian sepatutnya perlu dibenarkan untuk berdakyah kepada umat Islam Malaysia kerana itu merupakan tuntutan agama mereka. Ini merupakan pembohongan yang nyata. Beliau berkata, “Sekiranya ajaran al-Quran tentang saling menghormati amalan-amalan agama dipenuhi, tentulah hak golongan bukan Islam untuk berdakyah kepada umat Islam dipertahankan sebagaimana hak orang Muslim untuk berdakwah kepada Kristian dipertahankan”.

6. Dalam konteks Malaysia, hak bukan Islam untuk berdakyah kepada umat Islam sememangnya tidak dibenarkan. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah beliau buta Perlembagaan Persekutuan atau tidak pernah membacanya? Perlembagaan Persekutuan membenarkan menganut dan mengamalkan agama masing-masing (Artikel II (1), Perlembagaan Persekutuan). Akan tetapi terdapat larangan penyebaran dan pendakyahan agama selain Islam kepada orang Islam (Artikel II (4), Perlembagaan Persekutuan). Maka, kenapakah Pastor Joshua masih berdegil tidak mahu memahami perlembagaan dan membawa tafsiran yang salah pula mengenai ayat Al-Quran seperti yang dinyatakan di atas? Beliau juga sepatutnya tidak mempertikaikan hak umat Islam untuk berdakwah terhadap golongan bukan Islam kerana Islam adalah agama Persekutuan.

7. Inilah padahnya apabila umat Islam berdiam diri, orang kafir akan mula naik tocang dan tidak sedarkan diri. Apabila mereka bercakap seolah-olah mereka lebih tahu mengenai Al-Quran dan agama Islam maka petandanya mereka sedang bersungguh-sungguh untuk mengharu-birukan Islam dan umat Islam. Beliau juga mengeluarkan kenyataan tersebut dalam tulisannya yang disiarkan dalam portal The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today.

8. Umat Islam perlu mengambil sikap berhati-hati terhadap Pastor Joshua kerana beliau juga bergiat aktif dalam politik DAP dan Pakatan Harapan. Pastor Joshua Woo Sze Zeng berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Divinity daripada Trinity Theological College di Singapura. Ini bermakna beliau memang terdidik dan terlatih dalam evangelisme dan pendakyahan Kristianiti.

9. Beliau juga adalah ahli gerakan dakyah Kristian antarabangsa, World Reformed Fellowship (WRF) dan pernah berkhidmat sebagai pendakyah agama Kristian dan mengetuai program latihan bagi kader-kader penggerak evangelisme dan dakyah Kristian daripada pelbagai gereja di Singapura dan rantau Asia Tenggara dan Asia-Oceania.

10. Beliau juga terbabit dalam politik di Malaysia sebagai pegawai khas Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ahli Majlis DAP bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam masa yang agak singkat.

11. Pastor Joshua pernah menimbulkan masalah sebelum ini. Dalam laman blognya, beliau pernah menuduh sistem pendidikan negara sendiri sebagai ancaman bagi agama Islam di samping menyenaraikan pelbagai hujah-hujah termasuk daripada hadis Nabi yang membenarkan umat Islam untuk murtad tanpa dijatuhkan sebarang hukuman.

12. Perkasa memberi amaran keras kepada beliau agar tidak bersikap kurang ajar dan biadap dalam konteks menyentuh sensitiviti umat Islam dan agama Islam dalam negara ini. Jika beliau masih berdegil, beliau akan tahu langit itu tinggi atau rendah.

13.Saya berharap kenyataan dan penjelasan saya ini tidak di salah faham dan di jadikan isu serta polimik kecam mengecam.Perkasa menjalin hubungan yg baik dgn CPHM terutama Pastor2 dan Bishop.Perkasa mahu kekalkan keharmonian yg baik dan jangan lakukan provokasi serta hurmatlah Perlembagaan dan Undang2 Negara.Yang penting Jaminan Keamanan Negara berterusan dan kekal mampan.

Sekian.

Previous Post

ACCIN Minta DBP Kemuka Terjemahan Tepat Kalimah God

Next Post

Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO-NGO Islam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Next Post

Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO-NGO Islam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Journey to ISLAM
March 2023

My Journey to ISLAM

by Accin
March 15, 2023
0

It is our pleasure to invite our honorable guest, Dr. Johari Yap, Deputy President of Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)...

Read more
THE UYGHURS’ STRUGGLE FOR THEIR HUMAN RIGHTS NEED TO BE SUPPORTED

THE UYGHURS’ STRUGGLE FOR THEIR HUMAN RIGHTS NEED TO BE SUPPORTED

March 15, 2023
USRAH UMUM HELWA ABIM PUSAT BERSAMA ABIM DAERAH BANGI

USRAH UMUM HELWA ABIM PUSAT BERSAMA ABIM DAERAH BANGI

March 15, 2023
Hosted a dinner for 2 visiting groups

Hosted a dinner for 2 visiting groups

March 2, 2023
Teori Mudah Perpaduan Malaysia

Teori Mudah Perpaduan Malaysia

March 15, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In