CADANGAN RESOLUSI SEMINAR UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN (MENGIKUT NEGERI) PADA 17 MEI 2015 (AHAD) DI HOTEL GRAND SEASONS, JALAN PAHANG, KUALA LUMPUR

RESOLUSI 1

Meminda Perlembagaan agar Mahkamah Sivil tidak boleh melakukan sebarang semakan kehakiman ke atas sebarang keputusan Mahkamah Syariah.

RESOLUSI 2

Mencadangkan supaya artikel-artikel tertentu di dalam Perlembagaan dipinda untuk mengelak dan mengurangkan percanggahan undang-undang.​

RESOLUSI 3

Menubuhkan Mahkamah Persekutuan Syariah yang mempunyai​ antara lainnya kuasa melakukan semakan kehakiman ke atas Mahkamah-Mahkamah Syariah.

RESOLUSI 4

Menubuhkan suatu Tribunal untuk membicara dan membuat keputusan dalam kes-kes yang melibatkan pihak-pihak yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam. Keputusan-keputusan Tribunal itu adalah muktamad. Tribunal itu adalah terdiri dari seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan seorang Pengerusi.

Leave a Reply