Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
Tkt 16, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur.
Tel: +603 4051 2482 Fax: +603 4042 7403
18 Mac 2014
MEMORANDUM NGO ISLAM KEPADA MAJLIS KONSULTANSI PERPADUAN NEGARA (MKPN)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang
Penubuhan MKPN sebagai salah satu usaha kerajaan kearah mencapai perpaduan kaum dan
agama di negara ini amat dialu-alukan oleh NGO Islam. Kemelut yang melanda negara buat masa ini
dengan pelbagai isu yang timbul telah menyebabkan berlaku seolah-olah satu ketegangan antara kaum
dan agama di negara ini. NGO-NGO Islam melihat permasaalahan ini sebagai suatu yang amat serius
dan perlu ditangani segera agar ia tidak di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melihat
kekacauan meletus antara kaum dan agama. Sebagai sebuah negara Islam dan dipimpin oleh pemimpin
Islam, keutuhan dan kesucian agama Islam mestilah menjadi agenda utama dalam apa-apa keputusan
dan tindak tanduk kerajaan. Segala tindakan dan kenyataan yang dilihat mencabar kedudukan Islam ini
mesti dibenteras segera. Pandangan dan cadangan MKPN sangat penting dan kritikal dalam
menentukan kedudukan agama Islam dimasa hadapan.
Walau bagaimanapun semenjak akhir-akhir ini, yang menjadi kerisauan umat Islam, isu-isu yang
ditimbulkan seperti Kalimah Allah dan COMANGO, dilihat seperti sengaja dirancang oleh pihak tertentu
bagi mencabar kesabaran umat Islam amnya dan kewibawaan institusi kerajaan khususnya.

Ianya dipermainkan saban hari tanpa mengendahkan keputusan mahkamah dan sensitiviti umat Islam.

Tidak cukup dengan menggunakan media tempatan untuk mengemukakan kritikan, mereka juga menggunakan pihak antarabangsa.

Malangnya jika terdapat NGO yang mempertahankan kedudukan Islam dan bangsa Melayu ianya dilabelkan sebaga ektremis dan rasis. Mereka menuntut hak kesamarataan dan layanan yang sama dengan Islam yang semestinya bercanggah dengan perlembagaan dan ajaran Islam.

Penganut bukan Islam mendakwa mereka mendapat layanan yang tidak baik dari pihak kerajaan walhal
kalau dinilai secara rasional tidak pernah amalan ritual mereka disekat. Malah kalau di hitung satu
persatu bilangan rumah ibadat mereka ianya, dibeberapa kawasan, jauh mengatasi bilangan mesjid dan
surau.
Apakah mereka tidak sedar perkara ini atau mereka sengaja menutup mata sehingga kerajaan
terpaksa menunaikan tuntutan mereka?
Tindakan mereka ini, kalau dilihat secara halus, ia sebenarnya mencabar kedudukan
Perlembagaan Negara yang merupakan asas kemakmuran negara ini semenjak merdeka. Kedudukan
Islam sebagai agama negara dan keistimewaan orang Melayu antara fasa dalam perlembagaan yang
menjadi pertikaian mereka. NGO Islam amat yakin jika sekiranya ia tidak ditangani dengan baik maka
kemungkinan untuk berlakunya ketegangan antara kaum memang akan ujud. Kenyataan yang dibuat
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup tentang penghapusan bangsa dalam
sebarang borang dilihat satu cadangan yang merbahaya terhadap penghapusan bangsa Melayu dan
Islam. Kenyataan ini sangat menyentuh sensitivity umat Islam terutama orang Melayu dan menganggap
MKPN tidak ada lagi kredibiliti dalam membawa perpaduan kaum di negara ini.

Jika ini tidak dibaiki maka secara otomatiknya peranan MKPN sudah tidak relevan.

Maka atas kesedaran ini ACCIN, yang dianggotai oleh 18 NGO Islam, ingin mengemukakan
beberapa pandangan dan cadangan kepada MKPN :-
1. Segala perbincangan dan keputusan yang di buat diperingkat MKPN MESTI berlandaskan
kepada Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai asas utama terma rujukan.  Segala cadangan
dan tindakan yang bercanggah dengan kedua-dua perkara ini MESTI ditolak.
2. Komposisi ahli jawatankuasa MKPN mestilah melebihi bilangan wakil umat Islam dari yang
bukan Islam memandangkan majoriti penduduk dinegara ini adalah orang Islam dan agama
negara adalah agama Islam. wakil Islam mestilah dicadangkan dan diputuskan oleh ACCIN.
3. Perlu ada focus yang jelas kepada isu-isu yang dapat mempromosi keharmonian, persefahaman
dan muhibbah. Bukan menjadi satu ‘Complaints Bureau” atau tempat untuk mendesak yang
bukan-bukan.Seperti mengajar semua agama di sekolah, tempat ibadah yang terlalu banyak
dan besar yang boleh mengugat landskap Malaysia sebagai Negara umat Islam.

Leave a Reply