Kerajaan India di bawah pentadbiran BJP telah meluluskan pelbagai peraturan dan undang-undang dan tindakan yang mencabuli hak dan kehormatan umat Islam dan beberapa penganut agama minoriti lain. Malah, Kerajaan India telah memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan India baru-baru ini yang memansuhkan status istimewa Kashmir.

Perkhidmatan talian telefon dan internet yang digantung, tatkala ramai penduduk Kashmir dinafikan akses kepada bekalan makanan dan ubatan yang mencukupi. Krisis kemanusiaan semakin memuncak, rentetan pelbagai siri penindasan yang telah berlaku di kedua-dua kawasan ini, tatkala ramai yang menjadi pelarian untuk mencari perlindungan di seluruh dunia.


Menginsafi perkara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama beberapa buah Badan Masyarakat Madani (CSO) Islam akan mengadakan Himpunan Solidariti Untuk Kashmir pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6hb September 2019 (Jumaat);
Waktu: Selepas Solat Jumaat;
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Ayuh, zahirkan solidariti buat saudara kita yang dizalimi di KASHMIR!

PeduliKashmir #Pray4Kashmir

Kashmir #StandWithKashmir

Leave a Reply