• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

KENYATAAN ACCIN PERIHAL PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU PAKATAN HARAPAN

Accin by Accin
March 20, 2019
in Kenyataan Media
0
kenyataan media

Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN) mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar Pakatan Harapan dalam PRU 14 yang telah berlangsung pada 9 hb Mei 2018 dan seterusnya pembentukan kerajaan Persekutuan dan 7   kerajaan negeri. YAB Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, pada umur 92 tahun, satu rekod dunia! Semoga Allah swt mempermudahkan urusan beliau untuk mentadbir peralihan kuasa yang mencabar ini.

2.0       Tahniah juga kepada semua parti dan institusi yang terlibat yang berjaya memperlihatkan peralihan kuasa yang aman dan penuh tertib setelah Barisan Nasional memerintah berterusan selama 61 tahun. Peralihan ini, memperlihatkan kepada dunia bahawa, Malaysia adalah di antara negara di mana demokrasi dan institusi-institusi negara masih berfungsi dengan baik dan professional.

 3.0      Rakyat mengundi bukan hanya untuk parti atau kerajaan yang baru, tetapi untuk satu sinar baru politik anah air. Mereka inginkan satu budaya politik yang matang, demokratik, amanah dalam kerangka Perlembagaan negara dan undang-undang negara.

ACCIN menyeru agar Perlembagaan negara di hormati oleh semua pihak, khususnya berhubung kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Malaysia sebagai sebuah negara yang sejarahnya dan penduduknya bertunjang kepada Islam. Malah Kesultanan Islam Kedah merupakan yang tertua di dunia yang masih berkuasa, iaitu pada tahun 1136 Masihi.

ACCIN menolak fahaman yang berselindung di sebalik topeng “liberalism dan pluralism” serta menyekat unsur yang mengugat     keharmonian seperti gejala murtad dan menyebaran agama lain kepada penganut Islam.

Kami menuntut agar pemimpin politik terus memastikan supaya konsep pengasingan kuasa antara cabang-cabang eksekutif, Legislatif dan Kehakiman dipastikan terpelihara dengan sebaiknya. Ketiga cabang ini adalah struktur asas demokrasi berperlembagaan negara. Perkara ini adalah bagi mengelakkan berlakunya penumpuan kuasa mutlak di tangan individu seperti Perdana Menteri yang boleh menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa.

Keluhuran Perlembagaan dan “rule of law” adalah syarat yang diperlukan untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat       seluruhnya perlu menerima dan menjunjung Perlembagaan dan Undang-undang negara. Pemimpin politik perlulah mementingkan keutamaan negara berbanding keutamaan kumpulan atau bangsa.

Media yang bebas untuk menyuarakan kepentingkan rakyat dan negara secara bertanggung jawab wajib ada sebagai kuasa keempat untuk menjadi “check and balance” kepada pemerintahan dan pentadbiran negara

Sudah tiba masanya untuk rakyat yang merupakan “silent majority“ diberi peranan yang penting untuk menentukan halatuju          pentadbiran negara dan bukan hanya dijemput mengundi setiap lima tahun. Demokrasi perlulah dibudayakan di kalangan masyarakat. Pemerintahan negara tidak boleh dilepaskan kepada ahli politik semuanya. Ini mengundang bahaya kerana “power corrupts, and absolute power corrupts absolutely”

 ACCIN juga menyeru supaya pemberian jawatan-jawatan penting negara dan negeri di beri kepada mereka yang mahir dan        berpengalaman dalam bidangnya. Jawatan penting bukanlah tempat untuk latihan sambil kerja atau imbuhan kepada sokongan. Berlaku sebelum ini di mana politikus berlatarbelakang undang-undang memikul jawatan yang memerlukan kepakaran yang lebih husus saperti Menteri Pertanian atau Menteri Kerjaraya. Akhirnya, tidak ada “wow factor “ dalam hasil mereka.

Sama-samalah kita melihat ke hadapan, kepada satu era baru dalam sejarah pentadbiran negara yang bertuah ini, supaya semua warga mendapat tempat yang sebaiknya untuk maju kehadapan.  ACCIN     bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan untuk memelihara muhibbah, harmoni dan persefahaman dalam negara, demi kesejahteraan dan kemajuan.

Pengerusi ACCIN

Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin

15hb Mei 2018

Previous Post

ACCIN Stands In Solidarity Condemning Terrorist Attack In Christchurch, New Zealand

Next Post

Sempena “BICARA PASCA PRU 14 – KESAN KEPADA NGO- NGO ISLAM”

Next Post
kenyataan media

Sempena “BICARA PASCA PRU 14 – KESAN KEPADA NGO- NGO ISLAM”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts
May 2025

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts

by Accin
May 1, 2025
0

Read more
Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

May 1, 2025
SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

May 1, 2025
Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

May 1, 2025
INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

May 1, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In