• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 30, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Laporan Tinjauan OIC Keempat Mengenai Islamophobia (Mei 2010 – April 2011)

admin by admin
June 15, 2011
in Latest News
0

Ringkasan Eksekutif

Laporan Tinjauan OIC Keempat Mengenai Islamophobia meliputi tempoh dari Mei 2010 sehingga April 2011. Berdasarkan corak laporan terdahulu, tren terkini Islamophobia dikatalogkan dan diperiksa. Dari segi analisis keseluruhan, Badan Tinjauan OIC telah mendapati wacana Islamophobia semakin meningkat sama ada di khalayak awam atau ruangan politik. Berdasarkan pemantauan harian Badan Tinjauan sepanjang tempoh laporan, beberapa individu dan kumpulan di Barat, termasuk gerakan dan parti politik sayap kanan, mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat berhubung nilai sebenar Islam dan membina imej negatif Islam, yang diputarbelitkan oleh media sejak peristiwa tragis 11 September, dalam menyemarakkan lagi Islamophobia.

Peningkatan Islamophobia, sama ada berpunca daripada situasi sosial atau didorong oleh pemuka masyarakat dan polisi-polisi yang diinstitusikan, telah terbukti berlaku di Eropah dan semakin meningkat di Amerika Syarikat. Tren ini ditunjukkan dalam pelbagai bentuk, termasuk serangan secara langsung dan penodaan rumah ibadah orang Islam, tanah perkuburan dan pelbagai pusat kegiatan Islam; persepsi awam yang semakin berkembang bahawa muslim menjadi ancaman terhadap budaya dan kedudukan “masyarakat Barat”, dan simbol-simbol Islam, khasnya tudung wajar dihadkan atau diharamkan sama sekali. Kekerapan insiden seumpama ini dilihat oleh pelbagai kaji selidik dan, dalam kes Eropah, diketuai oleh Setiausaha Agung PBB, Baan Ki-Moon dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, untuk menyuarakan tentangan terhadap sikap tidak bertoleransi dan situasi yang membimbangkan mengenai kebebasan beragama di rantau tersebut.

Bab kedua laporan tersebut merujuk kepada pelbagai menifestasi Islamophobia di Barat. Berhubung Amerika Syarikat, Badan Tinjauan OIC memerhatikan beberapa insiden, yang paling mengejutkan dan keterlaluan ialah peristiwa membakar Al-Quran sepanjang 9 bulan dari September 2010 hingga April 2011. Mengenai kontroversi Masjid Ground Zero, barisan pembangkang yang diketuai oleh parti dan politikus sayap kanan menimbulkan perdebatan palsu dengan mempersoalkan asas perundangan pembinaan sebuah pusat Islam berhampiran denganGround Zero. Perdebatan tersebut jelas menimbulkan prejudis terhadap imej umat Islam dengan meniupkan logika “bersalah secara persatuan” yang mencadangkan bahawa seseorang muslim, dan dengan kaitan Islam, bertanggungjawab terhadap Ground Zero dan, kerana itu, mereka perlu “dibuang” daripada kawasan tersebut.

Antara insiden lain yang direkodkan di Amerika Selain ialah agenda Tea Party Movement, yang secara terbuka menyokong kebencian terhadap muslim, cadangan “Pengharaman Syariah” yang berjaya dalam kalangan negeri-negeri Oklahoma, dan pendengaran umum berhubung “radikalisasi Komuniti Muslim Amerika” yang dimulakan oleh Peter King, Pengerusi Jawatankuasa Dewan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. Pendengaran tersebut membawa kepada perdebatan berasaskan prejudis dan kecenderungan bahawa muslim berpotensi menjadi pengganas, yang dalam pandangannya, menolak untuk bekerjasama dalam usaha negara “memerangi keganasan”. Perdebatan ini, walau apa pun hasilnya, boleh membawa kepada ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap komuniti muslim.

Mengenai Islamophobia di Eropah, pelbagai kajian dan soal selidik daripada institusi berwibawa telah mendedahkan mitos bahawa Islam mempromosikan sikap tidak bertoleransi dan pendatang Islam merupakan ancaman kepada identiti kebangsaan Eropah serta menjadi beban ekonomi dan sosial. Mitos ini diburukkan lagi di banyak negara di mana ahli politik terkemuka menimbulkan perdebatan tidak sihat tentang Islam, dengan membuat telahan, yang boleh mengesahkan andaian peribadi masing-masing, berhubung kegagalan multiculturalisme, seperti ketidakmampuan Eropah untuk hidup dan menerima muslim secara harmoni. Beberapa individu lain yang turut mencambahkan perdebatan menentang muslim termasuk editor Denmark, Fleming Rose yang menerbitkan buku “Tyranny of Silence”dan Thilo Sarrazin, ahli politik Jerman dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Deutsche Bundesbank, yang menulis buku seterusnya bertajuk “Germany Abolishes Itself”. Kedua-duanya berpandangan Islam menjadi ancaman sebenar kepada negara. Geert Wilders pula telah mengumumkan hasratnya untuk menyajikan satu lagi filem pendek mengenai Nabi Muhammad. Kedua-dua tren wacana berprofail tinggi ini jelas melawan semangat kepelbagaian budaya dan hak kebebasan manusia, di mana pandangan radikal terhadap Islam dibenarkan dan mendatangkan sikap tidak bertoleransi terhadap muslim. Ia diterima secara sosial dan dijustifikasikan secara moral dan intelektual.

Tinjauan juga turut memperhatkan bahawa Media Barat berperanan sebagai kunci utama dalam membakar budaya anti-muslim. Sebagai contohnya, kajian-kajian telah menjelaskan kekerapan mereka menekankan perkataan seperti: “keganasan”. “pengganas”, “pelampau”, “fanatik”, “radikal” dan “fundamentalis” yang dikaitkan dengan Islam dan ummah Islam secara umum. Sentimen anti Islam begitu jelas kerana pihak media suka mengulang maklumat palsu hingga berlabuh di minda orang ramai, secara sedar atau tidak sedar, bahawa Islam menjadi ancaman yang perlu ditangani dan dihapuskan oleh semua. Kajian dan aduan yang diterima badan berwibawa juga tanpa ragu lagi dan secara statistik membuktikan bahawa muslim telah didiskriminasi dalam pekerjaan dan layanan buruk dalam persekitaran kerja.

Dalam bab ketiga, laporan telah menggariskan perkembangan positif bagi membenteras Islamophobia. Antaranya, Resolusi oleh Majlis Eropah mengenai “Islam, Islamisme dan Islamophobia di Eropah” yang mengecam pengharaman penuh niqab di Perancis, menggesa agar kebebasan bersuara dibezakan dari ucapan kebencian, dan meminta pihak Switzerland membatalkan pengharaman terhadap penubuhan menara masjid. Sejumlah pemimpin di Jerman menyuarakan isu penghijrahan muslim secara positif, dan di United Kingdom, Kumpulan Semua Ahli Parlimen mengenai Islamophobia telah dilancarkan di Dewan Rakyat. Pihak Berkuasa British juga tidak membenarkan Pastor Terry Jones memasuki negara Britain, dengan kenyataan bahawa Britain menentang ekstrimisme. Agensi Persekutuan Amerika Syarikat juga menolak trademark sebuah organisasi berbunyi “Stop Islamization of America”atas dasar bahawa ia menjatuhkan maruah komuniti muslim. Manakala, Majlis Bandaraya Los Angeles telah menyebut bahawa mereka hanya memihak kepada mana-mana perundangan yang bertujuan untuk memerangi Islamophobia dan tindakan keganasan terhadap umat Islam perlu diberi perhatian.

Dalam bab keempat berkaitan rangka kerja Hak Asasi Manusia, laporan membentangkan kronologi aspek operasi penglibatan OIC mengenai Islamophobia, sepanjang tempoh laporan, mengikut undang-undang antarabangsa dan meletakkan satu asas untuk mencari konsensus di samping menjalinkan hubungan diplomasi pelbagai hala mengikut keutamaan. Dalam hal ini, dan berdasarkan mandat yang berkaitan, OIC telah mengadakan mesyuarat pakar di Istanbul bagi mengenal pasti asas perundangan bagi konsep “fitnah terhadap agama” dan menilai keperluan dan cara mengembangkan kerangka perundangan semasa yang sesuai.

Berikutan mesyuarat Istanbul, Setiausaha Agung OIC, Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, dalam kenyataannya pada sesi ke-15 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, telah menggariskan lapan cadangan untuk tindakan yang akan diambil, di peringkat negara dan antarabangsa, bertujuan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama. Setiausaha Agong juga menyeru penubuhan Badan Tinjauan dalam sistem PBB untuk memantau perlakuan tidak bertoleransi terhadap agama di seluruh dunia. Berdasarkan lapan pendekatan yang digariskan oleh Setiausaha Agong, OIC atas semangat berkompromi dan keputusan berdasarkan konsensus – menaja resolusi baru ke atas “memerangi sikap tidak bertoleransi, “stereotype” negatif, stigmatisasi dan diskriminasi, dombaan kepada keganasan dan keganasan terhadap individu berdasarkan agama dan kepercayaan mereka” yang telah diluluskan secara konsensus pada sesi ke-16 Majlis Hak Asasi Manusia, di Geneva. Resolusi tersebut, di samping membina platform konsensus baru, diwujudkan secara berasingan dan disediakan untuk pendekatan yang pelbagai dalam menyeru ke arah tindakan yang perlu diambil dari sudut pentadbiran, politik dan perundangan di peringkat negara dan antarabangsa.

Dalam bab kelima, laporan menerangkan pelbagai langkah dan tindakan yang diambil oleh OIC, dalam penyelarasan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan yang berkepentingan untuk memerangi Islamophobia. Tindakan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran, menjalinkan usaha diplomatik untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menunjukkan kes-kes kritikal dalam sikap tidak bertoleransi terhadap agama, di samping bertindak balas terhadap perlakuan dan penerbitan berunsur Islamophobia.

Previous Post

Laporan Tinjauan OIC Ketiga Mengenai Islamophobia (Mei 2009 – April 2010)

Next Post

ACCIN : Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)

Next Post

ACCIN : Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visiting the Dalai Lama
March 2023

Visiting the Dalai Lama

by Accin
March 28, 2023
0

OUR journey to visit His Holiness the Dalai Lama began with a flight to Amritsar, India on Wednesday, March 15,...

Read more
Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

March 27, 2023
Dalai Lama Meetup

Dalai Lama Meetup

March 28, 2023
Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

March 27, 2023
Tabung Ramadhan Mualaf 2023

Tabung Ramadhan Mualaf 2023

March 27, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In