• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

NGO Islam M’sia bantah majlis ulama Arab Saudi isytihar Ikhwan Muslimin sesat

Accin by Accin
December 24, 2020
in November 2020
0
NGO Islam M’sia bantah majlis ulama Arab Saudi isytihar Ikhwan Muslimin sesat

Sejumlah NGO Islam di Malaysia hari ini membantah kenyataan Majlis Ulama Kanan Arab Saudi yang mengisytiharkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas dan sesat.

Bantahan itu disuarakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin) dalam sidang media hari ini.

Mereka menyuarakan rasa kesal dengan kenyataan majlis itu, yang merupakan badan agama tertinggi di Arab Saudi dan menyifatkan IM sebagai pertubuhan yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan prinsip demokrasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACCIN Mohd Jamal Shamsuddin berkata IM merupakan pelopor gerakan kesedaran Islam sejagat sejak zaman penjajahan.

“Saya agak pelik (dengan kenyataan tersebut). Kenyataan itu ditentang oleh pelbagai pihak dan hanya mendapat pujian rejim Zionis,” katanya sambil menyifatkan kenyataan itu hanya akan memecah-belahkan umat Islam.

Dia merujuk kenyataan kerajaan Israel, seperti dipetik agensi berita Turki Anadolu, yang mengalu-alukan kenyataan majlis itu dan gembira melihat “pendekatan yang menentang eksploitasi agama untuk bersifat mengapi-apikan”.

“Cukuplah perpecahan kepada puak-puak dan penjajah yang hanya melemahkan kita,” kata Mohd Jamal.

Untuk rekod, kerajaan Arab Saudi pada Mei lalu juga menyenaraihitamkan IM sebagai pertubuhan pengganas.

Kenyataan Majlis Ulama Kanan Arab Saudi itu yang dikeluarkan pada 10 Nov lalu turut menyifatkan IM sebagai faktor ketidakstabilan di Asia Barat dan memperalatkan agama untuk tujuan mereka.

IM Mesir mengecam tindakan majlis itu dan berkata ia adalah sebuah pertubuhan pembaharuan, bukannya menyokong keganasan.

Kata jurucakapnya Talat Fehmi, IM sendiri sentiasa menjadi mangsa keganasan dan regim diktator.

Dalam pada itu, Naib Presiden Abim Zairudin Hashim berkata jika IM adalah sebuah pertubuhan pengganas, pastinya tiada NGO di Malaysia pasti tidak akan menyokongnya.

“Islam itu agama yang indah. Islam itu damai. Sebagai sebuah agama yang damai, sifat muslim itu mesti menyelamatkan orang,” kata Zairudin sambil menambah Abim tidak bersetuju dengan pandangan majlis ulama Arab Saudi itu.

Sidang media hari ini merupakan anjuran bersama sekretariat Abim dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram).

IM ditubuhkan di Mesir pada 1928 dan merupakan antara gerakan Islam terbesar yang banyak mempengaruhi pertubuhan seumpamanya di dunia, termasuk di Malaysia.

Pada 2013, IM diharamkan di Mesir susulan penyingkiran presidennya Mohamed Morsi, yang juga antara tokoh utama pertubuhan itu.

Sumber: Malaysia Kini

Previous Post

WACANA MAULIDUR RASUL 1442H

Next Post

ONLINE FORUM: UNDERSTANDING OTHER FAITHS

Next Post
ONLINE FORUM: UNDERSTANDING OTHER FAITHS

ONLINE FORUM: UNDERSTANDING OTHER FAITHS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts
May 2025

Interfaith Colloquium – Gender And Marriage Institution From The Perspective of Various Religious Texts

by Accin
May 1, 2025
0

Read more
Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

Suara :Live Belia- Belia& Harta Pusaka: Jangan Ambil Mudah

May 1, 2025
SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

SUMMARY OF COFFEE TABLE BOOK MEETING

May 1, 2025
Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

Majlis Hari Raya Kementrian Perpaduan Negara – KPN

May 1, 2025
INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

INTERN WAJAR DIBAYAR:MATERIALISTIK ATAU PELUANG PENGALAMAN?

May 1, 2025

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In