• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 30, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

RASUAH – Peruntuh Nilai Moral Bangsa dan Kesejahteraan Negara

Accin by Accin
March 10, 2021
in Februari 2021
0
kenyataan media

ACCIN menyokong penuh dan sedia berganding bahu dalam usaha murni membina semula karakter nilai moral bangsa bebas rasuah. Usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja perlu di laksanakan dengan bersungguh dan tegas tetapi di lihat pembasmiannya.

ACCIN menyeru seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menyambut gesaan ini bagi menyelamat kan negara daripada amalan rasuah yang kini telah menjadi endemik sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan kemakmuran negara.

Pencapaian markah 51/100 Malaysia pada tahun 2020 dalam tinjauan Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International bagi sebuah negara Islam adalah menyedihkan. Malaysia jatuh enam tangga kepada nombor 57 dari 180 buah negara.

Begitu juga dengan kenyatan mantan Presiden Transparency International, peringkat Malaysia, Datuk Akhbar Satar yang menyifatkan gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam sebagai endemik dan berleluasa.

Antara usaha segera yang ACCIN cadangkan ialah:

1. Mengelak pemusatan kuasa di tangan seseorang dan kelompok politik dengan menghormati pembahagian kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang menjadi tunggak sesebuah demokrasi berparlimen.
2. Pelantikan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan di buat oleh Jawatankuasa bipartisan parlimen dan bukan PM seorang.
3. Memperkasa kan institusi kuat kuasa dan semak imbang negara supaya bebas, tegas dan berhemah.
4. Menghentikan rundingan terus kontrak-kontrak kerajaan kecuali dalam kes-kes yang khusus dan perlu sahaja (biasanya kurang 5 % dari keseluruhan kontrak).
5. Keputusan pemberian kontrak dibuat oleh jawatankuasa yang telus dan bukan seorang sahaja seperti menteri atau KSK. Perlu berpegang kepada ketelusan dan akauntabiliti Perintah Am kerajaan.
6. Media yang bebas dan tidak ada monopoli oleh individu atau parti politik. Perlu ada kepastian proxy tidak digunakan untuk monopoli media.
7. Kempen beratnya dosa rasuah dan salah guna kuasa dirakyatkan.
8. Pengubalan undang-undang “Unexplained Wealth Act” perlu digubal dan diwartakan kerana rasuah bukan mudah untuk di buktikan. Kalau seorang ahli politik atau penjawat awam atau ahli perniagaan terlampau kaya, menjadi tanggung jawab dia untuk jelaskan puncanya. Kalau tidak dapat, harta itu boleh di rampas kerajaan. Akta ini sudah berkuatkuasa hampir 5 tahun di Britain.

Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda, maksudnya “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) .

Untuk mengelakkan rasa bersalah, berbagai istilah digunakan oleh perasuah dan yang memberi rasuah untuk menerangkan perbuatan terkutuk ini. Contohnya komisyen, hadiah, duit gembira, untung usahasama kaum keluarga dan yang paling lazimnya, duit politik.

ACCIN berpendapat, keputusan kerajaan untuk terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang di pelopori kerajaan PH membayangan kesungguhannya untuk memerangi gejala rasuah ini.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia seluruhnya, perlu berperanan dalam usaha membenteras gejala yang mengancam ini.

– Hj Ir Mohd Jamaludin b. Shamsudin

CEO ACCIN

Previous Post

World Humanitarian Drive International Peace Forum 2021 “The Road to Peace in the New Millennium”

Next Post

Bengkel Peningkatan Kapasiti CSO

Next Post
Bengkel Peningkatan Kapasiti CSO

Bengkel Peningkatan Kapasiti CSO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visiting the Dalai Lama
March 2023

Visiting the Dalai Lama

by Accin
March 28, 2023
0

OUR journey to visit His Holiness the Dalai Lama began with a flight to Amritsar, India on Wednesday, March 15,...

Read more
Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

March 27, 2023
Dalai Lama Meetup

Dalai Lama Meetup

March 28, 2023
Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

March 27, 2023
Tabung Ramadhan Mualaf 2023

Tabung Ramadhan Mualaf 2023

March 27, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In