BUKU INI TENTANG APA?
“Aqidah di Persimpangan Zaman: Barah New Age”
Gerakan New Age bukan sekadar fenomena asing di Barat. Ia menyusup masuk ke tengah masyarakat melalui program pembangunan diri, kursus motivasi, kelas yoga, dan seminar spiritual.
Di sebalik pelbagai istilah seperti chakra, prana, kundalini awakening, inner peace, manifestation, law of attraction, dan universal oneness, tersembunyi fahaman sinkretik yang bercanggah dengan asas akidah Islam.
Berdasarkan pengalaman lapangan penulis sebagai penyelidik di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014-2020, buku ini mendokumentasikan:
• Kisah-kisah benar bekas pengikut program berunsur New Age
• Analisis kritikal terhadap konsep spiritualiti moden yang berpotensi menyesatkan
• Evolusi Gerakan New Age di peringkat global dan realitinya di Malaysia
• Pencerahan terhadap istilah dan ajaran New Age yang sering disalah faham
Ikuti perbincangan bersama penulis di FB PAGE IAIS