• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Sunday, August 30, 2026
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

GPM bina khemah pelarian

Accin by Accin
September 9, 2017
in Berita Tempatan
0
rohingya

GOMBAK: Global Peace Mission (GPM) Malaysia merancang untuk membina sekurang-kurangnya 100 khemah sementara untuk pelarian etnik Rohingya di wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh, terletak kira-kira dua jam dari sempadan Bangladesh-Myanmar.

Agensi kemanusiaan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu juga akan menghantar bantuan makanan berjumlah RM50,000 kepada pelarian Rohingya melalui misi kemanusiaan yang akan digerakkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata program kemanusiaan itu ialah misi susulan selepas mereka menggerakkan misi awal membantu pelarian Rohingya yang terkesan dengan pembantaian di wilayah utara Rakhine sejak dua minggu lalu.

Katanya, makanan dan tempat perlindungan ialah dua isu penting dihadapi oleh ribuan pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu.

“Kebanyakan pelarian Rohingya yang baru tiba di Bangladesh tiada tempat tinggal.

“Banyak yang duduk di tepi jalan, tepi lereng bukit, bawah pokok dan merata-rata tempat kerana kem pelarian sedia ada sudah sesak,” katanya yang sebelum ini meninjau beberapa kem pelarian di Cox’s Bazar dari 31 Ogos hingga 4 September lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengecam kekejaman Myanmar ke atas etnik Rohingya yang diadakan di ibu pejabat ABIM di Taman Cemerlang di sini, hari ini.

Turut Hadir Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz yang turut melancarkan buku monograf ‘Rohingya: Bantu atau Bantai’ yang bertujuan memberikan kefahaman mengenai isu Rohingya di Myanmar.

Majlis ringkas itu turut menyaksikan pelancaran Tabung Kemanusiaan Rohingya GPM yang menyasarkan kutipan RM100,000 bagi menjalankan misi kemanusiaan di Bangladesh tidak lama lagi.

Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun Maybank Islamic: 5642-2161-1602 atau transaksi online di https://www.billplz.com/GPM-Rohingya.

Ahmad Fahmi sebelum ini mengetuai misi tinjauan awal bersempena program korban GPM di Bangladesh yang antara lain mengunjungi kem pelarian tidak rasmi di Balukhali, kem pelarian Rohingya di Kutupalong dan penempatan setinggan Rohingya di Patiya, Chittagong.

“Kita juga sempat ke Thenkali, kawasan baru pelarian dengan ribuan yang masuk ke Bangladesh untuk berlindung,” katanya menjelaskan GPM turut menyampaikan bantuan makanan beras, minyak masak, bawang, kentang dan kacang dal berjumlah RM25,000 dalam misi yang lalu.

Isu pembantaian Myanmar ke atas etnik Rohingya kembali mendapat perhatian dunia sejak 25 Ogos lalu apabila Kerajaan Myanmar melakukan operasi berdarah di wilayah utara Rakhine sehingga menyebabkan lebih 125,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dalam tempoh dua minggu.

Previous Post

Roundtable Discussion: Youths Against Terrorism

Next Post

THE PLIGHT of the ROHINGYAS: TIME TO ACT NOW TO STOP THE GENOCIDE

Next Post
rohingya

THE PLIGHT of the ROHINGYAS: TIME TO ACT NOW TO STOP THE GENOCIDE

Please login to join discussion
Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?
June 2026

Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?

by Accin
July 16, 2026
0

Nantikan Isnin hadapan! Sembang santai DJ Hazimi bersama Muhammad Izzuddin bin Sahid dan Muhammad Hareez Jamil bin Nor Hamizee, Mahasiswa...

Read more
Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

July 16, 2026
ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

July 16, 2026
My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

July 16, 2026
Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

July 16, 2026

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In