• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Friday, July 17, 2026
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

ACCIN : Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)

admin by admin
June 21, 2011
in Press Statement
0

KENYATAAN MEDIA – 21 OKTOBER 2011

Gabungan Pertubuhan NGO Islam atau Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) melihat bahawa golongan bukan Islam tidak perlu sangsi dengan penganjuran HIMPUN. Ia bertolak daripada asas keharmonian kehidupan beragama yang ada di Malaysia dengan prinsip saling menghormati prinsip-prinsip agama.

ACCIN memperakui dokumen persetujuan antara agama peringkat antarabangsa, “A Common Word”,  yang menegaskan bahawa dunia masa depan bergantung kepada perdamaian antara semua agama, khasnya Islam dan Kristian. Berasaskan ini ACCIN memperakui bahawa perdamaian ini perlu menghormati asas dan kesucian agama; dan bahawa pertikaian, konflik, provokasi dan keganasan antara agama perlu ditamatkan atas dasar “Mencintai Tuhan dan Mencintai Jiran”.

Atas semangat perdamaian di atas, ACCIN menyeru agar HIMPUN yang telah menggariskan objektif dan prinsip yang jelas tersebut dihormati oleh semua pihak, termasuk pimpinan agama, ahli politik dan masyarakat Malaysia agar ia tidak disalahfahami. Kesangsian dan campur tangan pihak-pihak tertentu terhadap program ini tentunya tidak membantu dalam memberi mesej sebenar mengapa HIMPUN diadakan.

ACCIN percaya bahawa HIMPUN membawa satu semangat agar semua ummah beragama bersatu mengarusperdanakan agama dalam kehidupan. Semangat ini menghendaki wujudnya hubungan harmoni antara semua penganut agama. Agar hubungan tersebut dapat dicapai, usaha memurtadkan ummah Islam khasnya perlu ditamatkan. Asasnya ialah dengan kembali menghormati perkara-perkara yang sudah tercatat dengan jelas dalam agama dan Perlembagaan Persekutuan. Kini, warga Malaysia lebih memerlukan “relation” dan “harmonization” agar tidak terus mengalami polarisasi kaum yang semakin parah dan tidak membantu mencapai integrasi nasional.

DR.

Previous Post

Laporan Tinjauan OIC Keempat Mengenai Islamophobia (Mei 2010 – April 2011)

Next Post

ACCIN: Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama

Next Post

ACCIN: Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama

Please login to join discussion
Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?
June 2026

Suara Belia: BELIA INGIN GAGAL ATAU BERJAYA?

by Accin
July 16, 2026
0

Nantikan Isnin hadapan! Sembang santai DJ Hazimi bersama Muhammad Izzuddin bin Sahid dan Muhammad Hareez Jamil bin Nor Hamizee, Mahasiswa...

Read more
Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

Perjumpaan dengan Datuk Bandar Melaka, Dato Shahzan.

July 16, 2026
ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

ACE DOA -UL MUKMIN THE PRAYERS OF SERVANT OF ALLAH

July 16, 2026
My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

My Journey to ISLAM Brother Abdul Haidi Pillay bin Abu Bakar

July 16, 2026
Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

Palestine, Cuba, Iran – Unbowed Victims of Western Imperial Anarchy

July 16, 2026

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In