• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 30, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

NGO ISLAM PERLU JADI RAKAN KONGSI INSTITUSI AGAMA

Accin by Accin
March 20, 2019
in Kenyataan Media
0
kenyataan media

Pembentukan dan perlantikan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong sangat dialu-alukan sebagai      menyahut seruan rakyat dan masyarakat madani ke arah penambah baikan institusi Islam di peringkat Persekutuan.

Jika sebelum ini pentadbiran institusi Islam di peringkat negeri adalah di bawah kuasa negeri, sudah pastinya saranan dan cadangan penambah baikan di peringkat Persekutuan nanti boleh dipertimbangkan ke peringkat negeri sekali gus diharap mampu meningkatkan wibawa dan keberkesanan seluruh institusi Islam di negara ini.

Malah, seperti disuarakan Pengerusi jawatankuasa itu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid      bahawa 102 institusi akan dipanggil untuk memberi maklum balas ke arah penambah baikan itu disifatkan sebagai suatu langkah yang tepat.

Ini kerana pemilihan institusi membabitkan lima kluster yang menjadi tumpuan termasuk agensi berkaitan Islam, kewangan dan ekonomi, pendidikan, syariah dan perundangan,    pertubuhan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat cukup tepat dalam         memenuhi keperluan masa kini.

Tadbir lebih tersusun

Jika diamati, peranan institusi Islam dianggap masih relevan dalam tugas mentadbir hal ehwal Islam secara lebih tersusun dibantu institusi dengan tugas yang sama di setiap negeri.

Misalnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memainkan peranan penting dalam pendidikan dan pemahaman Islam bukan saja dalam kalangan umat Islam khususnya tetapi juga bukan Islam amnya.

JAKIM juga memastikan keharmonian dalam kalangan umat Islam dengan memantau elemen dan fahaman yang boleh membawa kepada keresahan dan ketidakstabilan negara.

Sungguh pun begitu, bagi kumpulan NGO termasuklah Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Islam, Malaysia (ACCIN) sendiri amat mengharapkan kewujudan             jawatankuasa ini nanti turut mengambil kira suara dan pandangan kami yang terbabit secara langsung dalam memartabatkan institusi Islam di negara ini.

Kehadiran NGO Islam di negara ini tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemain sampingan semata-mata tetapi mereka sebenarnya perlu dianggap sebagai rakan kongsi kepada institusi Islam terutama dalam memelihara agama, bangsa dan negara.

Keberkesanan mereka menyampaikan Islam sebagai “rahmatan lil alamiin” (rahmat ke      seluruh alam) melihatkan komitmen yang diberikan dalam mempertahankan nilai hidup murni dan kepentingan Islam serta umat sejagat.

Sayang sekali mereka yang menggerakkan kumpulan NGO terbabit terpaksa berjuang dan berusaha dengan sumber cukup terhad memandangkan ramai melakukan kerja secara     sukarela tanpa sebarang imbuhan.

Bebas pengaruh politik

Institusi Islam bukan saja perlu dikecualikan daripada pengaruh politik tetapi juga mana-mana pengaruh lain yang akan menghalangnya untuk berfungsi secara bebas dan berkesan.

Tidak ramai yang menyedari dana hasil kutipan zakat yang dimiliki kebanyakan institusi Islam sebenarnya menjadi daya tarikan bagi sebilangan mereka yang berpengaruh sehingga ada kalanya disalahgunakan untuk tujuan politik. Malangnya kebanyakan pegawai agama tidak berani untuk bersuara bagi menghalang atau menegah penyalahgunaan itu apabila ada pihak lain yang lebih besar pengaruhnya memegang institusi berkenaan.

Bagi memastikan keberkesanan institusi ini, strukturnya juga perlu diubahsuai supaya menjadi lebih berkesan dengan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia terkini. Segala proses kerja dalam jabatan membabitkan institusi ini perlu dilakarkan dan dipermudahkan (reengineer) mengikut misi serta strategi yang lebih fokus disokong dengan perisian komputer lebih canggih.

Dengan sendirinya, keperluan tenaga kerja dapat dikurangkan secara mendadak sekali gus   mengurangkan kos pentadbiran. Banyak dana dapat digunakan bagi program yang lebih penting selain membantu kumpulan NGO Islam diperkasakan melalui peruntukan sumber kewangan lebih besar.

Selari dengan peredaran semasa, institusi Islam juga dilihat perlu memiliki pegawai dengan      pelbagai kepakaran dan latar belakang termasuk dalam bidang pentadbiran, komunikasi        korporat, kewangan, pengurusan hinggalah perundangan. Jika tidak, akan berlaku banyak    kelompongan dalam cara kerja dan bertindak.

Manfaatkan pengalaman aktivis

Bayangkan apabila tanggungjawab diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka akan timbullah keputusan pelik yang bukan saja membawa kepada pelbagai masalah tetapi mengakibatkan prestasi merudum, krisis dan ketidakbijaksanaan dalam membuat keputusan.

Institusi Islam tidak seharusnya melihat diri mereka sebagai eksklusif dan tidak boleh dikritik atau menerima sebarang teguran terutama dalam soal pengurusan dan pentadbiran. Agamawan juga perlu sedar dalam hal tertentu mereka perlu merujuk kepada pihak yang lebih pakar atau       berpengetahuan dalam bidang berkenaan.

Sehubungan itu, adalah penting jawatankuasa yang dilantik ini menerima setiap pandangan   terutama daripada sumber yang berada di lapangan seperti kumpulan NGO yang memiliki ramai aktivis berlatar belakangkan pelbagai bidang yang bukan saja bermotivasi tinggi tetapi bersedia menghulurkan buah fikiran mereka tanpa mengharapkan ganjaran.

Pengalaman luas yang dimiliki mereka dalam pelbagai bidang perlu dimanfaatkan sebaik demi masa depan institusi Islam dan juga negara yang dicintai.

Ir. Mohd Jamaludin Shamsudin

Pengerusi ACCIN

Previous Post

KENYATAAN SUHAKAM PERIHAL ISU NUKMAN AFIFI

Next Post

KENYATAAN ALLIED COORDINATING COUNCIL OF ISLAMIC NGOS MALAYSIA – KEMBALINYA KE RAHMATULLAH, ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM

Next Post
kenyataan media

KENYATAAN ALLIED COORDINATING COUNCIL OF ISLAMIC NGOS MALAYSIA - KEMBALINYA KE RAHMATULLAH, ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visiting the Dalai Lama
March 2023

Visiting the Dalai Lama

by Accin
March 28, 2023
0

OUR journey to visit His Holiness the Dalai Lama began with a flight to Amritsar, India on Wednesday, March 15,...

Read more
Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

Selamat memunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443 H

March 27, 2023
Dalai Lama Meetup

Dalai Lama Meetup

March 28, 2023
Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

Tahniah YB Senator Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang

March 27, 2023
Tabung Ramadhan Mualaf 2023

Tabung Ramadhan Mualaf 2023

March 27, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In