• Login
  • Contact Us
  • Webmail
Thursday, March 23, 2023
  • Login
ACCIN
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
  • Tentang Kami
  • Ahli ACCIN
    • Berita Dari Ahli
  • Galeri Gambar
  • Merchandize
  • Laporan Tahunan
  • Kenyataan Media
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
No Result
View All Result
ACCIN
No Result
View All Result

Wanita NGO Islam Filipina Lawat IKRAM

admin by admin
June 23, 2015
in News From Members
0
Wanita NGO Islam Filipina Lawat IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kira-kira 10 orang aktivis wanita daripada NGO Islam yang berpusat di Mindanao, Filipina, Markaz Shabab of Philippine telah melakukan lawatan mahabbah ke Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada 3-8 Februari yang lalu.

Selain mengeratkan ukhuwah antara umat Islam dua negara, lawatan oleh rombongan yang diketuai Badria Amanoddin ini bertujuan untuk mempelajari dan menimba pengalaman daripada IKRAM sebagai sebuah NGO dakwah yang menguruskan operasi dan perjalanan pelbagai institusi dan agensi di bawahnya.

Pada hari pertama lawatan pada Rabu 4 Februari, rombongan mengikuti taklimat mengenai IKRAM oleh Penolong Setiausaha Agungnya, Hj Mohamad Yaakub Idris dan seterusnya menziarahi Naib Ketua Wanita IKRAM yang juga mantan Ketua Wanita, Ustazah Maznah Daud di kediamannya di Shah Alam untuk sesi perkongsian dan suai kenal.

Taklimat IKRAM, taaruf di kediaman Ustazah Maznah dan taklimat HCF

Keesokannya pada Khamis, mereka mengikuti taklimat daripada agensi kemanusiaan IKRAM iaitu Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Ibrahim Mohamad dan taklimat aktiviti institusi kemanusiaan wanita di bawah MyCARE, Rose2Rose oleh Roha Hassan.

Rombongan seterusnya bergerak ke Taman Melawati untuk mendengar taklimat agensi dakwah IKRAM iaitu Hidayah Centre Foundation (HCF) oleh Pengurus Besar, Hj Abdul Rahman Kassim dan Pengurus, Hj Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos.

Pada Jumaat, rombongan ini dibawa salah satu tadika di bawah IKRAM, iaitu Tadika Khalifah Bestari di Sungai Tangkas, Kajang dan diberi penerangan mengenai pengurusan dan silibus yang digunakan tadika tersebut.

Lawatan di Tadika Khalifah Bestari, Hospital Pakar An Nur dan slot bersama Ketua Wanita IKRAM

Rombongan aktivis wanita NGO Filipina ini juga berkunjung ke Hospital Pakar An Nur, iaitu hospital di bawah institusi kesihatan IKRAM iaitu IKRAMHealth. Mereka dibawa untuk melawat beberapa wad dan kawasan di hospital tersebut. Mereka menyatakan minat tentang aspek ‘kit ibadah’ untuk pesakit Muslim dan ingin diaplikasikan di hospital-hospital di Filipina.

Pada malamnya, rombongan mengikuti slot bersama Wanita IKRAM. Ketua Wanita, Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim turut membentangkan pengenalan secara ringkas mengenai Wanita IKRAM. Pelbagai isu turut sama dibincangkan dan dikongsikan dalam pertemuan tersebut antaranya isu wanita, syariah, keluarga, perkahwinan dan pendidikan.

Salah seorang peserta rombongan, Hajjah Zainab@Watamama yang juga mewakili Muslim Women Professional Group of Phillippines memuji dan merakamkan penghargaan kepada IKRAM atas lawatan yang telah diaturkan untuk mereka.

Menurutnya,  banyak perkara yang mereka perolehi dan belajar daripada pelbagai institusi dan agensi IKRAM yang telah mereka lawati dan mereka akan cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semampu yang boleh sebaik sahaja mereka sampai ke tanah air mereka.

Semoga lawatan ini mencapai objektifnya di samping dapat memberi manfaat untuk memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti NGO Islam di Filipina untuk kepentingan umat Islam dan masyarakat di sana,

Previous Post

Pemergian Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: IKRAM Ucap Takziah

Next Post

I4SYRIA Hadir Persidangan Kemanusiaan Syria Di Istanbul

Next Post
I4SYRIA Hadir Persidangan Kemanusiaan Syria Di Istanbul

I4SYRIA Hadir Persidangan Kemanusiaan Syria Di Istanbul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Journey to ISLAM
March 2023

My Journey to ISLAM

by Accin
March 15, 2023
0

It is our pleasure to invite our honorable guest, Dr. Johari Yap, Deputy President of Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)...

Read more
THE UYGHURS’ STRUGGLE FOR THEIR HUMAN RIGHTS NEED TO BE SUPPORTED

THE UYGHURS’ STRUGGLE FOR THEIR HUMAN RIGHTS NEED TO BE SUPPORTED

March 15, 2023
USRAH UMUM HELWA ABIM PUSAT BERSAMA ABIM DAERAH BANGI

USRAH UMUM HELWA ABIM PUSAT BERSAMA ABIM DAERAH BANGI

March 15, 2023
Hosted a dinner for 2 visiting groups

Hosted a dinner for 2 visiting groups

March 2, 2023
Teori Mudah Perpaduan Malaysia

Teori Mudah Perpaduan Malaysia

March 15, 2023

Mengenai Kami

ACCIN di tubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Pada tahun berikutnya bilangan NGO Islam menyertai ACCIN bertambah hingga kepada 16 NGO Islam. Pada hari ini, ACCIN di sertai oleh 20 buah NGO Islam di antaranya yang terbesar di Malaysia. Jumlah ahli dan penyokong keseluruhan komponen gabungan dalam ACCIN di anggarkan 350 hingga 400 ratus ribu orang.

Hubungi kami: sekretariat.accin@gmail.com

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • Login
  • Contact Us
  • Webmail

© Copyright 2020 - ACCIN

No Result
View All Result
  • About Us
  • Ahli ACCIN
  • Contact Us
  • Donate
  • Galeri Gambar
  • Home
  • Home
  • Laporan Tahunan
  • Login
  • Members
  • Merchandise
  • Our Members
  • Projek #jomkongsipahala ACCIN
  • Register
  • Reset Password
  • Sample Page
  • Tentang ACCIN
  • View Profile

© Copyright 2020 - ACCIN

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In